Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, October 16, 2018

Ceramah dan pameran Antidadah.

16.10.2018
Ceramah dan pameran Antidadah.
Ceramah disampaikan oleh En Zohdi bin Mansor, pegawai AADK daerah kinta.
Sasaran :semua guru dan murid SKTD

Image may contain: 8 people

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Thursday, May 31, 2018

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PPDA 2018





CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH





INFO 5 MINIT DADAH



PERTANDINGAN MEWARNA  DAN 
MELUKIS POSTER ANTI DADAH 



PERTANDINGAN TULISAN CANTIK 




KUIZ ANTI DADAH 


EDARAN RISALAH INFO DADAH DAN PENERANGAN GURU





PERTANDINGAN SUDUT PPDA DALAM KELAS






Tuesday, October 31, 2017

Ceramah dan Pameran PPDa

Ceramah dan Pameran PPDa

Tarikh : 31 Oktober 2017 
Hari    : Selasa
Masa  : 9.30 pg 
Tempat : Dewan Seri Dermawan
Penceramah : En Zamzuri bin Yusuf (Pegawai AADK Kinta Utara)


















Wednesday, September 27, 2017

Anugerah Bilik Dan Laluan PPDa peringkat negeri Perak


SKTD menjadi Johan Anugerah Bilik dan Laluan PPDa peringkat negeri Perak tahun 2017.
Hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM5000 telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak semasa Program Pemukiman YAB Menteri Besar di SMK Air Kuning, Mambang Di Awan.

Tuesday, August 1, 2017

Jom minum milo...

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat!!! Admin sampai sekarang masih teringat iklan MILO yang pernah ditayangkan masa kecil dahulu. Nostalgia sungguh.

Pagi ni murid2 SKTD teruja dengan kehadiran lori MILO. Masing2 dah tak sabar nk minum milo free. Setiap murid diberi minum secawan milo. Cikgu2 dan staf pun dapat. Best2. Nanti datang lagi ye abang milo. Hehe. 





Thursday, July 27, 2017

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BILIK SUMBER PPDA

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Tasek Dermawan  telah terpilih untuk mewakili daerah ke peringkat Negeri Perak, .

Pemantauan dan penilaian peringkat negeri telah berlangsung pada 26 Julai 2017. Bilik Sumber PPDa SKTD telah menerima kunjungan dari wakil JPN, PPD dan PEMADAM untuk menjalankan sesi penilaian. Pengawas PPDa membantu menerangkan setiap bahagian dalam bilik PPDa.





Monday, July 3, 2017

DARVIH

Banner DARVIH telah digantung di koridor menuju ke Bilik Sumber PPDa. Ni usaha nak bagi murid-murid tahu dan ingat apa itu darvih. 
Apa itu DARVIH? DARVIH adalah  singkatan kepada  :

DadahAlkoholRokokVapeInhalanHIV/AIDS


* Sepatutnya alkohol


Wednesday, June 21, 2017

Sebaran Info Dadah kepada komuniti setempat


Penyerahan Flyer Info Dadah kepada wakil Pengerusi Masjid AsSyarifah Kampung Tasek, Ipoh.

Semoga perkongsian maklumat ini memberi manfaat kepada semua.InsyaAllah.







Tuesday, May 23, 2017

Karnival PPDa Bainun bersama Pemadam 2017

SMK Raja Permaisuri Bainun dengan kerjasama PEMADAM Negeri Perak telah menganjurkan Karnival PPDa Bainun bersama PEMADAM 2017 pada 23 hingga 25 Mei 2017.'Program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat serta membina ketahanan dan jati diri untuk melahirkan persekitaran bebas dadah yang berfokuskan 'Pelajar Bebas Dadah'.

SK Tasek Dermawan telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna dan senamrobik yang diadakan semasa karnival berlangsung. 4 orang murid tahun 5 telah menyertai pertandingan mewarna tersebut .Therishiikarathi a/p Sathia Bala murid tahun 5 Zamrud telah memenangi tempat kedua. ;)

Selain memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan mewarna, murid-murid juga berpeluang untuk membuat lawatan di Bilik Sumber PPDa SMK Raja Permaisuri Bainun dan juga melawat booth pameran Pemadam, AADK, dan sebagainya.



Murid meyertai pertandingan mewarna poster antidadah


Theriishikarathi memenangi tempat kedua kategori Sekolah Rendah.

Monday, May 22, 2017

Pelancaran Minggu PPDa 2017

Tarikh : 22 Mei 2017
Hari    : Isnin
Masa   : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Dermawan
Perasmi : Pn Paizah bt Alias (Guru Besar SKTD)


                             Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTD, Pn Paizah bt Alias


Gimik Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar



 Bacaan Ikrar Antidadah oleh Ketua Pengawas PPDa , Muhammad Daniel Khusaini 



Nyanyian Lagu Dadah Durjana 





Lirik Lagu Dadah Durjana

Dadah durjana
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara

Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat

Korus
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.




BROSUR PELANCARAN MINGGU PPDA 2017