Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, May 31, 2009

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


Assalamualaikum wbr.
Hi,

Pada hari ini seluruh dunia mengisyhtiharkan "Hari Tanpa Tembakau Sedunia". Melalui slogan "Tak nak merokok", kerajaan menyeru supaya semua warganya berhenti merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencadangkan zon larangan merokok diperluaskan meliputi semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin berpusat dan juga lobi-lobi hotel. Cadangan ini jika berkuatkuasa kelak akan memberikan kuasa orang ramai di sekeliling prokok di zon larangan untuk menegur mereka yang ingkar secara bersopan seperti meminta mereka berhenti merokok atau beredar.



Tujuan cadangan ini untuk melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutamanya, yang tidak merokok akibat terpaksa hidu asap rokok. Satu halangan besar untuk warga perokok jika cadangan ini diterima nanti.

Pelbagai tip untuk berhenti merokok boleh didapati di www.infosihat.gov.my. Selain itu, info berkaitan bahaya rokok juga boleh didapati dari laman web ini. Bagi warga SKTD boleh mendapatkan maklumat dari Bilik PPDa di Destinasi 2, ruangan Bahaya Rokok.

Kotak rokok seperti yang telah diketahui oleh kebanyakan masyarakat telah mengalami transformasi' dengan disertakan gambar-gambar ngeri akibat rokok. Menurut kajian, amaran bergambar lebih mendatangkan impaks yang efektif seperti 58% perokok di Kanada membuatkan mereka berfikir tentang bahaya rokok, diikuti 67% di Brazil, 44% di Thailand dan 28% di Singapura yang rata-ratanya perokok ingin berhenti rokok.

Infoline berhenti rokok untuk perokok turut disediakan melalui nombor telefon 03-88834400, setiap hari Isnin-Jumaat, dari pukul 8 pagi-5 petang.

Ya, memang diakui amat sukar untuk berhenti, jadi jangan mulakan!

PERTANDINGAN RUANG MINI PPDa



Bermula 11 Mei 2009, satu aktiviti diadakan iaitu, Pertandingan Ruang Mini PPDa antara kelas diadakan sehingga 3 Julai 2009. Pertandingan ini akan disertai oleh semua kelas, dari Tahun 1 sehingga 6. Sebanyak 24 kelas akan bertanding merebut kejuaraan ini.

Hadiah berupa sijil penghargaan yang dibingkaikan untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga untuk digantungkan di dalam kelas yang menang. Dua kategori hadiah akan diberi untuk Tahap 1 dan 2. Guru-guru Kelas kemungkinan turut diberikan sijil khas atas usaha dan kreativiti mereka. Guru-Guru Kelas merupakan penyelaras kelas masing-masing bagi persediaan kelas menyertai pertandingan tersebut. Reka Letak bergantung kepada kreativiti kelas masing-masing.

Barisan para hakim terdiri daripada kalangan guru iaitu:

EN. NOR AZLAN SHAH B. MOHD. REDHUN (KETUA)
PN. SALMAH BT. SALLEH (PEN. KETUA)
USTAZ MOHD. IKHMAL BIN MUKHTAR
PN. NAJAH BT. HUSAIN
CIK NORZIMATUL HUSNA BT. ABD. GHANI
PN. NORASHIZAH BT. RASHID
CIK WAN ASNEZA BT. WAN MOHAMED
USTAZ MOHD. DZULKIFLY BIN MUSANIF dan
USTAZ KAMAL ISMADY


Objektif atau tujuan pertandingan ini adalah untuk "Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah."

Amat diharapkan program ini akan menerima reaksi yang positif daripada semua warga SKTD dalam menanamkan kebencian terhadap penyalahgunaan dadah, rokok, inhalan, HIV/Aids dan Alkohol serta menambahkan pengetahuan serta meningkatkan kesedaran murid-murid SKTD.

SKTD... Cemerlang!


Friday, May 29, 2009

SELAMAT BERCUTI WARGA SKTD.



Budaya SKTD pada hari terakhir persekolahan, iaitu semasa tamat persekolahan hari ini, Jumaat, 29 Mei 2009 majlis bersalam-salaman antara murid dengan guru.



Semua murid berbaris dari kelas masing-masing menuju ke barisan guru, yang diketuai oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad yang telah bersiap sedia untuk bersalaman dan menghantar murid pulang bercuti selama dua minggu bermula 30 Mei 2009 sehingga 14.6.2009.



Sambil bersalaman, para guru memberikan kata nasihat dan ingatan kepada murid-murid.
Wajah kegembiraan terpapar di wajah mereka kerana dapat bercuti panjang selepas peperiksaan.



Selamat Bercuti semua. Semoganya semuanya kembali sekolah dengan penuh semangat dan sihat sejahtera.

Tuesday, May 26, 2009

LAMAN BARU BLOG KELUARGA SK TASEK DERMAWAN ... klik sini...

aSSLAMUALAIKUM WBR,

Hi,

Dengan rasa bangganya, laman ini ingin memperkenalkan laman blog baru keluarga SKTD iaitu Laman Blog Futsal SK Tasek Dermawan dengan tema "Sukan Untuk Semua".

Pelbagai aktiviti berkaitan futsal akan dilaporkan oleh Cikgu Hasrunaim yang juga 'Blog Administrator'. laman ini boleh dicapai melalui www.futsalsktd.blogspot.com(atau klik tajuk di atas)

GOOD LUCK GUYS


Assalamualaikum wbr,

Hi,


Start from 25 May to 28 May, all student of SKTD are sitting for their mid term examination. Last week, the revision class are held exclusively for assisted students and for their examination preparation.

The most importance is the mental strength to strive for excel. Teachers as usual try very hard to guide their students to be the best and to be excellent students. Perhaps, our students will take note all the advised and hint given.

Parents are also involved to make sure their children read books, accomplish exercises or homework, and prepare study personal time tables. All that are ingredients to bake a good man or a good children- children to be proud off.


That's all. Good luck guys!

Tuesday, May 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH



Pada 18 Mei 2009, sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Menurut guru lama di sini mengatakan, sambutan pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun lepas. Sambutan Hari Guru pada tahun ini kecil tetapi meriah.



Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan nyanyian lagu-lagu rasmi. Kemudian, ucapan oleh Ketua Pengawas, diikuti ucapan Ketua Pengarah KPM oleh En. Shamshulbahri B. Ghazali, PK Pentadbiran dan diakhiri dengan ucapan Menteri Pelajaran oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar.




Seterusnya, para guru menyanyi beramai-ramai lagu "Guru Malaysia" dan lagu tema Hari Guru tahun ini iaitu, "Guru Pembina Negara Bangsa". Majlis diakhiri dengan memotong tiga buah kek oleh para guru yang diketuai oleh Guru Besar. Para pengawas kemudian menyuapkan kek ke mulut guru-guru SKTD.




Seterusnya, murid-murid berbaris masuk ke kelas untuk meneruskan P&P. Walaupun begitu, para guru SKTD dengan besar hati dan rasa bersyukur kerana dapat menyambut hari guru pada hari tersebut. Tidak dapat dinafikan rasa terkilan di hati, terutamanya di kalangan murid-murid yang merasa suatu kelainan pada tahun ini kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan dan meunjukkan tanda hormat serta kasih sayang kepada guru-guru mereka seperti kebiasaannya.





Bagi para guru pula, menganggap sambutan hari guru tidaklah begitu penting berbanding tanggungjawab untuk membina negara melalui pendidikan. Syabas diucapkan untuk semua guru SKTD.

SKTD!... Cemerlang!


**

**foto gambar barisan guru ihsan Cikgu Megat Azizan Bin Megat Ibrahim

Sunday, May 17, 2009

SAYONARA...SAMPAI BERJUMPA LAGI

Hari ketiga Perkhemahan Perdana merupakan hari terakhir. Sesi Pagi dimulakan dengan sarapan pagi diikuti dengan aktiviti orienteering dengan dibantu fasilitator IPI. Para peserta diminta bekerjasama dalam kumpulan masing-masing mencari klu. Para peserta turut diajar atau didedahkan cara penggunaan kompas.

Setiap kumpulan yang berjaya mengumpulkan kesemua klu yang diletakkan dimerata-rata kawasan perkhemahan, diminta melaporkan diri kepada fasilitator.



Seterusnya, para peserta pulang ke khemah masing-masing untuk mengemaskan beg pakaian dan khemah masing-masing. Kawasan perkhemahan telah dibersihkan. Khemah-khemah juga dibuka untuk disimpan semula.




Acara berakhir dengan perasmian penutup oleh Tn. Hj. Mohd. Isa Bin Khalid, Timbalan Pengarah Maktab Perguruan Malaysia, Kampus Ipoh. Aturcara bermula dengan kata alu-aluan Juruacara Majlis, Cik Noorhayati, diikuti dengan ucapan Penyelaras Perkhemahan Perdana,En. Basri Bin Abdullah. En. Shamashulbahri turut menyampaikan ucapan dan diakhiri dengan ucapan Tn. Hj. Isa yang turut merasmikan Penutup Perkhemahan Perdana 2009.



Seterusnya, penyampaian cenderahati untuk para fasilitaor IPI, Komander Kem, En. Shahpuddin, Timb. Komandan, Ustaz Kamal Ismady, dan Tn. Hj. Isa. Hadiah turut diberi kepada kumpulan dan para peserta yang telah memenangi pertandingan dan anugerah yang diadakan sepanjang perkhemahan ini.



Majlis bersurai dengan para peserta pulang ke sekolah dengan menaiki bas untuk balik ke rumah. Secara umumnya, perkhemahan ini boleh dianggap berjaya, segala aktiviti berjalan lancar, walaupun pada mulanya perkhemahan tidak dapat dijalankan akibat hujan lebat. Para peserta juga tidak dapat merasai tidur dalam khemah pada malam pertama akibat hujan tetapi, mendapat peluang pada malam kedua. Disiplin murid dapat dikawal dengan baik. Begitu juga para guru yang hadir turut memberikan kerjasama sebaik mungkin. Para peserta pastinya akan mengingati segala pengalaman ketika berada di sini dan mengambil ikhtibar dan pengajaran yang berguna.

MALAM KEBUDAYAAN PERDANA



Slot Malam bermula dengan solat maghrib berjemaah, diikuti tazkirah oleh Ustaz Dzulkifli, tazkirah yang banyak menyentuh tentang tugas seorang anak terhadap ibu bapa dan menghormati guru. Seterusnya diikuti dengan solat Isyak dan makan malam.





Saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta khemah ialah Malam Kebudayaan. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan. Sebanyak 14 kumpulan dengan pelbagai bentuk lakonan, aksi, nyanyian dan sebagainya membuat persembahan.

Dewan juga dipenuhi oleh guru-guru dan ibu bapa yang turut hadir menyaksikan persembahan. Semua penonton terhibur dengan persembahan tersebut. Kumpulan Peti Ais memenangi kategori persembahan terbaik. Tahniah diucapkan.

Slot malam tamat dengan minum malam pada pukul 12.30 malam. Semua para peserta balik ke khemah masing-masing untuk berehat.