Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, July 30, 2011

Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram

Pada 22 Julai 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan 'Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram'. Seminar telah diadakan di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Seminar diadakan berikutan tahap kesedaran yang masih rendah dan sikap ambil mudah terhadap fatwa yang telah diputuskan semasa persidangan jawatankuasa kali ke 37, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Mac 1995.

Kajian menunjukkan 3 juta perokok tegar dikesan termasuk remaja yang berumur seawal 13 hingga 15 tahun. Menurut Tuan Haji Othman biar pun fatwa telah dikeluarkan, tiada undang-undang diwartakan berkenaan perbuatan merokok. Berikutan itu, ramai perokok masih mengambil mudah fatwa merokok adalah haram dan tidak mematuhi keputusan muzakarah ini.

Beliau menjelaskan hukum merokok dari pandangan Islam adalah haram kerana padanya terdapat kemudaratan. Fatwa yang diputuskan itu merupakan satu ijtihad hukum dan ia perlu dipatuhi oleh orang Islam di Malaysia.





(sumber - Utusan Malaysia & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Friday, July 29, 2011

Di ambang Ramadan

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan yang penuh berkat, bulan yang mulia, bulan Ramadan. Pihak PPDa tidak mahu ketinggalan dalam meraikan bulan yang penuh dengan kebaikan ini. Warga SKTD boleh mengikuti beberapa entri berkaitan Ramadan dalam blog ini sempena bulan puasa. Entri yang diambil dari media cetak dan elektronik terpilih ini adalah salah satu cara pihak PPDa menyokong proses kemenjadian murid iaitu salah satu daripadanya ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan agama. Kami berharap agar semua pihak dapat beroleh manfaat dalam mengikuti paparan kami, eksklusif sempena Ramadan..!! Selamat Berpuasa dari kami di PPDa.

Ramadan - masa untuk berubah..?

Thursday, July 28, 2011

Sekilas Tentang Rokok (2)



Ada yang kata, entri asyik tentang rokok saja. Kenapa? Kerana rokoklah 'pembuka bicara', selepas tu, dadah la pula....... Gambar tak terang? Tak apa....kalau terang lagi la takut dengan barang-barang 'jijik' dalam rokok kan?!. Fikirkan saja......, tak perlu kata apa-apa.....anda boleh mengubahnya!!.....

Wednesday, July 27, 2011

Kunjungan Ketua Unit PPDa, JPN Perak

Pada 27 Julai 2011, Bilik Sumber PPDa SKTD telah dikunjungi oleh Ketua Unit PPDa , JPN Perak, Dr. Haji Roslan bin Hussin. Lawatan beliau bertujuan untuk memantau keadaan bilik sumber PPDa SKTD. Beliau juga telah banyak memberi idea dan cadangan serta saling bertukar pandangan tentang pembangunan bilik sumber PPDa SKTD. Pihak PPDa amat berbesar hati dengan kunjungan dan pandangan beliau.









Tuesday, July 26, 2011

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum baharu

SKTD menerima dua orang guru Penolong Kanan yang baharu iaitu Puan Miskiah binti Rais, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Badrol Hasni bin Abdullah Sani. Kedua-dua Penolong Kanan telah memperkenalkan diri dalam perhimpunan pagi  ini. SKTD mengalu-alukan kehadiran kedua-dua Penolong Kanan tersebut dan berharap agar SKTD dapat melonjakkan  lagi kecemerlangan dengan bantuan kedua-dua guru berpengalaman ini.



Thursday, July 21, 2011

Program Mentor Mentee Tahun 6

Sempena Program Kecemerlangan Tahun 6, salah satu program yang dijalankan ialah Program Mentor Mentee iaitu program 'anak angkat' yang melibatkan semua guru dan murid Tahun 6. Majlis penyerahan mentor mentee ini berlangsung pagi 21 Julai di Dewan Terbuka. Untuk makluman semua, senarai nama mentor dan mentee masing-masing boleh diperoleh daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini ialah di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling kendalian Puan Norhuda Othman Zailu, Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTD dengan kerjasama erat pihak pentadbiran dan guru-guru. Pihak PPDa turut memberi sokongan jitu terhadap program ini dan berdoa agar kejayaan cemerlang dapat dihasilkan  berkat kerjasama semua pihak. Semoga semua program yang dijalankan dapat memberi semangat kepada anak-anak Tahun 6 SKTD untuk menjalani peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tiba.

Puan Norhuda mengumumkan nama mentee untuk diserahkan kepada mentor masing-masing. Sementara itu semua guru bersedia di atas pentas untuk menerima mentee masing-masing.

Puan Hajah Rafiah bersama mentee beliau.

Mentee Encik Shamshulbahri, PK pentadbiran.

Mentee Puan Ainul Suhaini.

Mentee Puan Aisah

Mentee Encik Md Zainal

Murid-murid Tahun 6 menunggu taklimat tentang program ini.

SKTD menerapkan konsep kasih sayang antara guru dan murid. Guru-guru perempuan digalakkan mengucapkan ucapan I Love You kepada murid-murid mereka.


Bakal murid-murid cemerlang SKTD

Tuesday, July 19, 2011

Monday, July 18, 2011

Miss Lee Yuat Yoong- Hari terakhir di SKTD; Pembedahan dan Pertukaran...

Perhimpunan pagi Isnin 18 Julai dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan warga SKTD iaitu berita pertukaran PK KoKurikulum, Miss Lee Yuat Yoong ke SK Raja Perempuan Ipoh untuk menyandang jawatan PK Hal Ehwal Murid di sana.  Berita pertukaran ini diumumkan oleh Puan Hajah Rafiah bt Abd. Razak, Guru Besar SKTD dalam ucapan beliau dan disambut dengan suasana pilu murid-murid SKTD yang amat menyayangi beliau. Beliau adalah seorang Penolong Kanan yang baik hati dan bertolak ansur dalam setiap perkara.

Miss Lee diganti oleh PK KoKurikulum yang baru iaitu Puan Miskiah bt Rais, guru dari SK Bandar Baru Putra, yang datang melapor diri pagi ini. Dalam ucapan perpisahan beliau Miss Lee yang menitiskan air mata kepiluan menyatakan kesedihan beliau yang terpaksa bertukar dan memberi kata-kata semangat pada murid-murid SKTD agar meneruskan perjuangan menimba ilmu.

Satu lagi berita sedih ialah tentang keadaan Miss Lee yang tidak sihat ekoran masalah ketumbuhan fibroid yang beliau hidapi. Lantaran itu beliau juga memaklumkan akan dimasukkan ke wad pada petang Isnin 18 Julai ini untuk persiapan menjalani pembedahan di Hospital Pantai Puteri.

Semua warga SKTD dan pihak PPDa mendoakan agar Miss Lee selamat menjalani pembedahan dan dikurniakan kesihatan yang baik pada hari-hari yang mendatang. Selamat bertukar juga kepada Miss Lee, semoga maju jaya. Jasamu dikenang...Kami sayang cikgu...Terima kasih cikgu...

Miss Lee dikerumuni warga guru SKTD mengucapkan selamat kepada beliau selepas selesai perhimpunan  pagi
 
menitiskan air mata tanda kesedihan...

Selamat bertukar kepada Miss Lee...

Tuesday, July 12, 2011

Percubaan UPSR dan Ujian Pengesanan 2

Mulai hari ini iaitu 12 Julai 2011, murid-murid SKTD mula berjuang menghadapi peperiksaan Percubaan UPSR bagi Tahun 6 dan Ujian Pengesanan 2 bagi murid-murid Tahun 1 hingga 5. Semoga ibu bapa dan guru-guru dapat mendoakan kejayaan permata-permata dan anak-anak didik masing-masing. Pihak PPDa turut mendoakan murid-murid SKTD akan berjaya dalam perjuangan kali ini.



Tahun 6 menghadapi peperiksaan percubaan  UPSR di dewan peperiksaan SKTD

Sunday, July 3, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 2Julai2011

Pada hari berlangsungnya program Larian Serentak 1Murid 1Sukan pada 2 Julai, beberapa program sampingan dijalankan. Seusai larian serentak seluruh Malaysia, program diteruskan dengan Pertandingan Futsal Antara Kelas Tahap 2 bagi murid lelaki dan Pertandingan Bola Jaring Antara Kelas Tahap 2 bagi murid perempuan. Sementara itu, murid Tahap 1 dibawa ke Bilik Muzik untuk menonton tayangan video yang berkaitan dengan sukan seperti "Anak-anak Sidek" dan Upin dan Ipin Piala Dunia". 

 Guru-guru wanita pula turut mengadakan perlawanan persahabatan antara dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri daripada Puan Che Aishah, Ustazah Ain, Puan Nirmal, Puan Saniah dan  Puan Asmawati. Manakala kumpulan  B dianggotai oleh Puan Hajah Rafiah (Guru Besar), Miss Lee (PK KoKo), Puan Meenachi, Ustazah Aqmal dan Puan Menaga. Perlawanan lima pemain ini dimenangi oleh Kumpulan B iaitu kumpulan 'guru besar and the gang'. Memang hebat!.

Pada jam 12.00  tengah hari  acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan futsal dan bola jaring. Pemenang pertandingan bola jaring ialah 6 Zamrud, 5 Zamrud dan 4 Zamrud. Manakala pemenang pertandingan futsal ialah 6 Berlian, 5 Berlian dan 4 Delima. Program selesai jam 12.45 tengah hari.




Larian serentak seluruh Malaysia..



Antara staf SKTD yang turut menyertai larian



Puan Hajah Rafiah, guru besar SKTD turut menyertai murid-murid berlari


Antara guru-guru dan 'mr.polis' yang bertugas






peserta larian yang terakhir,  akhirnya sampai jugak, siap tersenyum lagi..


Guru-guru yang bertugas mengedarkan makanan murid


Guru-guru di gerai minuman dan makanan...


cikgu Azhar tunjuk skil...


"dari pagi aku dok kat situ depa tak ambik gambaq aku, mai tang azhar, baru ja sampai depa ambik gambaq pulak"....marah sungguh Cikgu Zoraimi takde orang ambik gambar dia masa tengah dok buat roti john.....kat dalam facebook SKTD ada banyak kootttttttt............


Kata depa ni la pakar buat roti john.....ya la kot..... tengok gaya dah ada dah tu


berhimpun sebelum memulakan pertandingan futsal dan bola jaring





Murid Tahap 1 sedang menonton tayangan video



pertandingan futsal antara kelas


Pertandingan bola jaring antara kelas..




guru-guru wanita mendengar peraturan ciptaan sendiri oleh pengadil Cikgu Nora....."peraturan pertama tak boleh bergaduh, kedua masa main mulut kena senyap, ketiga sapa-sapa nak pun boleh shoot...suka hati ye"..






uii..hebat.....


tak boleh main dua orang je ye...kena pass bola tu...


siap landing lagi..Ustazah Ain dengan guru besar...



penyampaian hadiah kepada para pemenang


There was an error in this gadget

Universal Converter