Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, December 31, 2011

Laporan Aktiviti PPDa SKTD 2011

Pelantikan Pengawas PPDa telah dijalankan pada bulan Februari 2011. Seramai 10 orang pengawas PPDa telah dilantik pada tahun ini. Bacaan ikrar pengawas PPDa diwakili oleh Ketua Pengawas PPDa 2011 yang dilantik iaitu adik Zulaikha Shamshulbahri.

Untuk memantapkan lagi barisan Pengawas PPDa SKTD, satu Kem Pemimpin Kecil telah dijalankan bersama-sama dengan semua barisan pemimpin kecil SKTD. Kem dijalankan untuk memberi motivasi kepada Pengawas PPDa bagi menjalankan tugas mereka dengan lebih baik.





Minggu PPDa pula telah dijalankan pada 4 hingga 8 hingga 8 April 2011. Pelancaran telah diadakan pada perhimpunan pagi Isnin 4 April 2011. Kali ini gimik pelancaran ialah dengan mematahkan replika rokok sebagai simbol 'Tak Nak' Merokok. Antara aktiviti lain ialah Pertandingan Mewarna Anti Dadah, Melukis Poster Anti Dadah, Kuiz PPDa, Senamrobik Sihat Kuat Tanpa Dadah, Ceramah Anti Dadah dan Pameran AADK dan juga pelancaran slogan baru PPDa SKTD iaitu 'SKTD Sihat Kuat Tanpa Dadah'.

Pada bulan Mei, PPDa SKTD turut meraikan persaraan PK HEM yang menaungi PPDa dengan jayanya selama ini. Unit PPDa turut menyumbangkan tanda kenangan untuk PK HEM yang bersara, Puan Hajah Normah bt Ramli, dengan sebuah video klip khas daripada Unit PPDa SKTD bertajuk 'Kami Baru Sedar'. Video ini telah dimuat turun dalam laman Facebook PPDa, Sihat Kuat Tanpa Dadah. Facebook PPDa turut dilancarkan pada bulan Mei ini buat pertama kalinya.

Pada bulan Ogos, aktiviti kerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut diadakan iaitu Ceramah Jenayah. Penceramah jemputan ialah Pegawai Penjara daripada Penjara Taiping. Pameran berkenaan hukuman-hukuman penjara turut diadakan bagi memberi pengetahuan dan nilai kesedaran terhadap bahaya jenayah dalam kalangan murid-murid SKTD.

Sepanjang bulan Ogos juga Program ubah suai bilik PPDa juga turut dijalankan untuk menambahbaik persekitaran bilik PPDa. Program ini bertitik tolak daripada kunjungan Penyelaras PPDa JPN pada 24 Julai 2011 dan Ketua Unit PPDa JPN pada 26 Julai 2011 yang mahukan sedikit perubahan fizikal dilakukan terhadap Bilik Sumber PPDa agar lebih bermaya dan memberi lebih banyak manfaat kepada murid-murid.

Bilik Sumber PPDa turut menerima kunjungan daripada dua orang guru SK Taman Bersatu yang ingin mencari idea dan info untuk melengkapkan Bilik Sumber PPDa sekolah mereka. Unit PPDa SKTD menerima baik kunjungan ini dan amat berbesar hati dapat berkongsi idea dengan mereka.


Sepanjang tahun 2011, aktiviti info 5 minit berjalan seperti biasa. Kebanyakannya disampaikan oleh Puan Norhuda selaku Guru Bimbingan dan Setiausaha PPDa. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Jadual penyampaian info 5 minit juga telah diadakan untuk disampaikan oleh para pengawas PPDa. Walaupun tidak berjalan sepenuhnya, masih ada ruang untuk menambahbaik program ini pada masa hadapan terutamanya untuk membina ketrampilan para pengawas PPDa sebagai barisan pemimpin kecil sekolah.




Jamuan akhir tahun untuk pemimpin kecil SKTD juga turut diadakan. Pangawas PPDa tidak lupa untuk diraikan. Tahun ini Anugerah Pengawas PPDa Lelaki dan Perempuan Terbaik telah diwujudkan. Pengawas PPDa Lelaki Terbaik ialah adik Sathees A/L Balachandru dan Pengawas PPDa Perempuan Terbaik ialah Shahira Umaira bt Baharul Fuaidi. Pemilihan adalah di atas kriteria ketrampilan dan tanggungjawab yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2011. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Kemuncak aktiviti ialah penetapan pakaian seragam baharu Pengawas PPDa untuk tahun 2012. Semua Pengawas PPDa telah dimaklumkan melalui surat yang diberi kepada ibu bapa pengawas PPDa yang terlibat tentang perkara ini. Untuk tahun 2012, pakaian seragam Pengawas PPDa akan ditukar kepada warna merah hati/maroon, iaitu untuk vest, tali leher, seluar panjang, kain dan tudung.

Unit PPDa akhir sekali telah merancang untuk menetapkan satu lorong PPDa yang baharu. Oleh kerana kawasan yang terhad, Unit PPDa mensasarkan sekuranag-kurangnya sehingga Februari 2012, telah diwujudkan satu lorong PPDa yang baharu bagi menambah lagi ketrampilan Unit PPDa. Semoga rancangan ini akan menjadi nyata nanti dengan sokongan semua pihak di SKTD.
There was an error in this gadget

Universal Converter