Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, April 18, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri5/2013

Tajuk - Syabu
Dibacakan oleh - Nur Safiyya Hishamuddin ( 6 Intan )




Syabu


Cara penyalahgunaan syabu

1.      Menghidu
2.      Menelan
3.      Menghisap
4.      Menyuntik


Bahaya syabu

1.      Merosakkan tubuh
2.      Suntikan syabu terus ke otak melalui sistem darah yang menyebabkan khayal berpanjangan
3.      Menghilangkan selera makan
4.      Mengganggu denyutan jantung merosakkan buah pinggang dan paru-paru
5.      Kerosakan kulit yang menjadi kudis akibat digaru untuk menghapuskan bayangan serangga yang disangka berada pada kulit
6.      Tidak boleh tidur, terlalu aktif, runsing, khayal, ganas, gila dan tidak bersimpati
7.      Badan berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan


Mengapa penyalahgunaan syabu semakin bertambah

1.      Murah dan mudah dihasilkan


Kesan syabu

1.      Jenayah kekejaman meningkat
a.     Orang terdekat pengguna syabu seperti pasangan, anak, adik-beradik, ibu bapa dan jiran terdedah dengan bahaya seperti dicederakan, kecurian harta benda dan pembunuhan

2.      Bahaya penghasilan syabu
a.     Pengeluaran syabu secara haram membahayakan masyarakat dan persekitaran
b.     Proses ini melepaskan kimia toksik yang boleh mencemarkan sungai yang akhirnya meracuni tumbuhan dan ternakan

3.      Kos pembersihan
a.     Kos pembersihan sisa penghasilan syabu yang mencemarkan alam sekitar sangat tinggi dan merugikan negara


Mengenali penagih syabu

1.      Kurus kering
2.      Gila, bertenaga, panas baran, tidak boleh tidur berjam-jam
3.      Kurang bersih, gigi rosak, kulit berkudis dan pucat

Wednesday, April 17, 2013

Senamrobik 30 Minit sempena Minggu PPDa 2013

Bertempat di Dataran Perhimpunan SKTD
Masa - 7.45 hingga 8.15 pagi
Penyertaan oleh semua warga SKTD
Terima kasih kepada semua warga SKTD yang memberi kerjasama menjayakan program ini.

Kami dah sedia...

Terima kasih kepada Cikgu Izza sebagai instructor, dibantu oleh guru-guru praktikum.




instructor 'tetap dan berpencen', Cikgu Izza

semua bersemangat

dengar briefing ke, dengar lawak jenaka ni??

cikgu-cikgu comel..

bila nak mula ni, cikgu Basri tak sabar dah tu..

stretching dulu..

semangat betul bila dapat naik stage...bagus budak-budak ni..

peserta senamrobik paling cilik..

Guru Besar and the gang

yang paling comel...Kak Ton (cikgu Noriaton)...
suka tengok semangat Kak Ton,
 ni cikgu-cikgu muda kena ikut  semangat camni..
Cikgu Aisah steady je,
Cikgu Shafieyah..ewahh..lemah gemalai gitu..
kak Yah dan Kak Ija join sekali..camtu laaa...

Tuesday, April 16, 2013

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah Tahun Tiga 2013

Muhammad Mirza Muqriz b. Masri , 3 Zamrud - Pemenang Kedua

Peserta 3 Delima

Peserta 3 Berlian - Ayuni



Nur Syakirah bt Meor Mohd Ghazali, 3 Zamrud - Pemenang Pertama

Siti Nur Nabila, 3 Berlian - Pemenang Ketiga

Mohamad Aydin b. Ghazali, 3 Zamrud

Peserta 3 Delima - Wafi

Peserta 3 Berlian - Nur Ashyda



Info 5 Minit Anti Dadah Siri 4/2013

Tajuk - Akibat Penyalahgunaan Dadah
Disampaikan oleh - Muhd Amir Azim b. Abd.Shukor (6 Delima)






Akibat Penyalahgunaan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada 4 sudut iaitu
1.         Kesan kepada penagih
2.         Kesan kepada keluarga
3.         Kesan kepada masyarakat
4.         Kesan kepada negara

Kesan kepada penagih

1.      Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah
2.      Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja
3.      Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan
4.      Pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihan
5.      Daya tahan penyakit akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan kepada keluarga

1.      Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
2.      Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang  yang banyak untuk merawatnya
3.      Rumah tangga menjadi porak peranda
4.      Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam kalangan anggota keluarga

Kesan kepada masyarakat

1.      Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan
2.      Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah
3.      Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah

Kesan kepada Negara

Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah:
1.      Kehilangan/ kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
2.      Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
3.      Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
4.      Kos kerana kerugian akibat aktiviti jenayah yang berlaku
5.      Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
6.      Kos kerugian tenaga dan modal insan  kerana  kebanyakan yang  terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Monday, April 15, 2013

Pameran Anti Dadah oleh AADK Daerah Kinta

Tempat   - Dewan Seri Dermawan SKTD
Masa   - 9.45 pagi hingga 11.45 pagi.


Pembantu Petugas Pameran - Pengawas-pengawas PPDa SKTD .....yang HAPPY....!!











Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas

Salah seorang pengawas PPDa SKTD telah terpilih untuk memgikuti kursus Sahabat PPDa-Petronas di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada 5 hingga 7 April yang lalu. Beliau ialah Akmal Haziq bin Mohd Sharil. Tahniah Akmal Haziq!
Unit PPDa SKTD berharap agar beliau dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dalam kursus itu nanti.

Penyampaian Sijil Fasilitator Sahabat PPDa-Petronas kepada Akmal Haziq bin Mohd Sharil (5 Zamrud)

Pelancaran Minggu PPDa 2013

Tarikh   - 15 April 2013
Masa    - 7.45 - 9.30 pagi
Tempat - Dataran Perhimpunan
Perasmi - Guru Besar SKTD Puan Norihani bt Abdullah
Ceramah - Pegawai AADK Daerah Kinta

Ucapan Guru Penyelaras PPDa

Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh pengawas-pengawas PPDa dan murid-murid SKTD .
 Diketuai oleh Nur Safiyya Hishamuddin (6 Intan)

Ucapan Guru Besar

Ceramah PPDa oleh Pegawai dari AADK Daerah Kinta





There was an error in this gadget

Universal Converter