Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, August 28, 2009

SELAMAT BERPUASA DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Pada 21 Ogos 2009, bersamaan hari Jumaat dua aktiviti telah dijalankan secara serentak iaitu, Sambutan Bulan Ramadhan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan, yang dirasmikan oleh

Tuesday, August 18, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009


Bermula dari minggu lepas lagi, SKTD telah menggantung bendera-bendera di sekitar sekolah bagi meraikan bulan kemerdekaan. Begitu juga kelas-kelas telah mula menghias

INFO H1N1


Perhimpunan pagi hari ini menyentuh tentang virus selesema H1N1 atau selesema babi, yang merujuk kepada langkah-langkah pencegahan daripada merebaknya wabak yang cukup berbahaya pada kali ini.

SELAMAT MENJAWAB UJIAN PENGESANAN 3 2009

Bermula 17 Ogos 2009-19 Ogos 2009 , hari Isnin hingga Rabu, murid-murid SKTD akan menjalani Ujian Pengesanan 3 bagi subjek-subjek teras. Perhimpunan rasmi yang biasa dijalankan pada hari Isnin telah ditangguhkan.

Thursday, August 13, 2009

WARNA-WARNI PERHIMPUNAN PAGI


Pada 12 Ogos 2009, hari rabu, perhimpunan pagi pada kali ini sarat dengan pelbagai upacara atau aktiviti yang dijalankan. Dimulakan dengan meraikan warga SKTD yang lahir pada bulan Ogos.

Tuesday, August 11, 2009

SKTD TUAN RUMAH IKHTIFAL J-QAF PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA ZON B

Pada 8 Ogos 2009, sabtu, SKTD menjadi tuan rumah bagi acara IKhtifal J-Qaf Peringkat Daerah Kinta Utara bagi Zon B. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Kuiz Bahasa Arab dan Kalam Jama'ie.

Thursday, August 6, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 2.

Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri serta pengiring, guru-guru dan tetamu ke Bilik Gerakan bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohamad,Guru Besar SK Tasek Dermawan.

Barisan juri terdiri daripada:

Tuesday, August 4, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 1.



Pada awal pagi nan redup, cuaca yang begitu baik sekali pada hari ini, Isnin, 3 Ogos 2009, sekolah menerima barisan juri kebangsaan beserta para pengiring dari JPN, Perak telah tiba tepat pukul 8.30 pagi.



Sebelum itu, En. Peter Khiew, editor dari Echo Perak telah tiba lebih awal untuk menyaksikan sendiri peristiwa yang bersejarah bagi tahun ini serta membuat liputan mengenainya. En. Peter telah membantu pihak sekolah dengan menyatakan rasa minat dengan blog ini dan merupakan satu bonus bagi kami warga SKTD.

Kedatangan disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang yang menggegarkan sekitar sekolah dan disahut oleh murid-murid SKTD dengan keluar beramai-ramai menyambut ketibaan para juri.




Sambutan yang 'simple' tetapi menarik, unik dan 'hebat' seperti yang dinyatakan oleh sebilangan juri dan reaksi wajah yang ditunjukkan.Barisan juri telah disambut oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohammad, Guru Besar SKTD, Pn. Hjh. Normah Bt. Ramli, PK Hem, En. Shamsul Bahri B. Ghazali, PK Pentadbiran serta beberapa orang guru dan murid.





Acara dimulakan dengan laungan semangat "SKTD!" sebanyak 3 kali, dan disahut oleh semua murid "Cemerlang!" dan tepukan khas Selamat Datang oleh warga SKTD. Diikuti dengan sayembara puisi-teater bertajuk "Masyarakat Madani Tanpa Dadah-Pesan Buat Teman" oleh Ketua Pengawas Sekolah beserta para pengawas PPDa.

Kemudian, diikuti nyanyian 2 buah lagu iaitu, lagu sekolah dan lagu warisan secara koir dan beramai-ramai di bawah konduktor, Adik Rusyaidi dari tahun 6B. Seterusnya, dengan Laungan "SKTD!", disahut beramai-ramai "Kami Benci Dadah" sebanyak 3 kali dan tepukan khas terima kasih turut diberikan. Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri ke Bilik Gerakan untuk taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar.

Sambutan yang sederhana tetapi sungguh meriah ini direka dengan konsep One Malaysia, perpaduan memerangi dadah, kerjasama antara semua warga SKTD, kreativiti dan kejituan mesej yang ingin disampaikan sebagai satu projek sekolah yang amat dititik beratkan, melibatkan semua warga SKTD dan masyarakat sekitarnya.

Penghargaan ini diberikan kepada En. Shahpudin sebagai Penyelaras Sambutan serta guru-guru yag terlibat bagi menjayakan acara sambutan ini, kerana "First Excellent Impression is a beginning for a winner".Tahniah buat semua!


video
There was an error in this gadget

Universal Converter