Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, March 26, 2012

English Language Week 2012

26th March - 30th March 2012 "Learning English Is Fun"

Objectives:
  1. To instil love for the language
  2. To boost pupils' confidence in using the language
  3. To encourage pupils to use the language
Activities:
  1. Pre-school - Nursery Rhymes
  2. Year 1 - Singing
  3. Year 2 - Poetry Recital
  4. Year 3 - Word Maze
  5. Year 4 - Crossword Puzzle
  6. Year 5 - Written Quiz
  7. Year 6 - Crossword Puzzle
  8. are you sleeping...are you sleeping.... brother ..??...:)

Thursday, March 22, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke10

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 akan diadakan di Dewan Terbuka SKTD pada hari Sabtu 24 Mac 2012 jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk membincangkan usul-usul yang dikemukakan. Kehadiran ibu bapa sangat-sangat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Perlawanan Persahabatan Kriket 21 Mac 2012 di padang SKTD



Wednesday, March 21, 2012

Info 5 Minit - 21 Mac 2012 - Tajuk = Dadah dari sudut agama Islam


Disampaikan oleh = Nursafiyya binti Hishamuddin

Dadah dari sudut agama Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.


Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”


Dadah juga menghancurkan institusi keluarga. Keluarga yang mempunyai ketua atau ahli yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.


Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.


Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:


1. Menanam sebarang tumbuhan untuk menghasilkan dadah


2. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


3. Menjual beli dadah


4. Menggunakan dadah


5. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan.

 
 
Soalan Kuiz Terkumpul Tahap 1:

Tuesday, March 20, 2012

Minggu Matematik 2012

Minggu Matematik akan berlangsung mulai 19 Mac - 23 Mac 2012. Pelancarannya telah pun dijalankan pada Isnin 19 Mac semalam oleh Ketua Panitia Matematik SKTD, Puan Azilah Baisah diikuti persembahan Helah Matematik oleh Puan Noormaliza bersama murid. Minggu Matematik telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rafiah Abd.Razak, Guru Besar SKTD.

Contoh aktiviti yang dijalankan ialah Bijak Sifir, membaca sifir semasa perhimpunan setiap pagi, membaca sifir 5 minit setiap hari di dalam kelas, mencongak dengan pantas, teka silang nombor, rekreasi Matematik dan Sudoku.

Antara objektif Minggu Matematik ialah:

  1. Mengembang bakat dan potensi diri dalam bidang Matematik
  2. Meningkatkan tahap keyakinan diri dan kemahiran KBKK
  3. Meningkatkan semangat kerjasama dan berdaya saing dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti yang dijalankan
  4. Menerapkan semangat cintakan mata pelajaran Matematik
  5. Berasa seronok semasa menjalankan aktiviti

    Soalan Kuiz Matematik untuk murid Permata

Monday, March 19, 2012

Kembali ke sekolah!!!

Selamat kembali ke sekolah dan menyambung penggal seterusnya.

Sumber : Internet

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SKTD 2012

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PPDa 2012

Pengawas-pengawas PPDa bersedia sebelum bermajlis bermula


Dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan



Ucapan oleh perasmi, Encik Norhan b. Suaid

Ketua Pengawas PPDa, Sathees A/L Balachandru
Penolong Ketua Pengawas PPDa, Mohd Ikhmal Hakim b. Eko Praitno

Exco Pengawas PPDa, Yasehgi A/P Soundaraja


Exco Pengawas PPDa, Rizq Syarkhiel Hassan b Rizq Fadzlin

Exco Pengawas PPDa, Muhammad Haiman bin Roslan

Exco Pengawas PPDa, Nur Safiyya bt Hishamuddin

Exco Pengawas PPDa, Muhd Amir Azim b. Mohd Shukor
Pengawas PPDa Tahun 4, Akmal Haziq

Pengawas PPDa Tahun 4, Nur Shafiqa Umaira

Pengawas PPDa Tahun 4, Nur Afrina Aina

Pengawas PPDa Tahun 4, Nurshafiqah

Sathees dalam barisan exco pemimpin-pemimpin kecil SKTD

Lafaz ikrar oleh Ketua Murid, Aisyatun Nadirah bt Anwar Sidek

Lafaz Ikrar


Cenderahati untuk perasmi disampaikan oleh guru besar

Pengawas PPDa 2012

Barisan Pengawas PPDa 2012 bergambar bersama Guru PPDa, Encik Norhan (Perasmi) dan Puan Hajah Rafiah, Guru Besar SKTD