Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, February 26, 2011

Majlis Pemuafakatan dan Akujanji Murid Tahun 6 SKTD

Majlis ini telah diadakan di Dewan Seri Dermawan, SKTD pada 19 Februari yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat Program Tahun 6 sepanjang tahun 2011 oleh Guru Besar SKTD, Puan Hajah Rafiah bt Abd.Razak, disusuli dengan Ceramah Keibubapaan oleh Tn Haji Mat Jaafar bin Hj Mat Zain, Penolong Pengarah Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pelajaran Perak. Dalam pada itu, murid-murid Tahun 6 mengikuti Ceramah Kemahiran Belajar oleh Encik Zahari Ariffin daripada SK Pengkalan. Sesudah itu, murid-murid Tahun 6 melengkapkan upacara Akujanji dengan ibu bapa/penjaga. Semoga anak-anak didik kami di SKTD ini akan terus mendapat restu dan terus cemerlang dan gemilang.


Kesilapan teknik pada tarikh gambar - Tarikh sebenar ialah 19 /2/2011. Harap maaf.


Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Anti Dadah

Sementara murid-murid Islam SKTD  mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada Jumaat 18 Februari yang lalu, murid-murid Pendidikan Moral pula telah mengikuti program Pertandingan Mewarna bagi murid Moral Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah  bagi murid Moral Tahap 2 yang dikendalikan oleh Puan Nirmal Kaur, Puan Bhajanjit Kaur, Puan R.Meenachi dan Miss Lee Yuat Yoong (PK Kokurikulum).

Berikut adalah senarai para pemenang pertandingan tersebut:

Tahun 1
Yushenthara a/l Sivaraja (1B)
Ataavan a/l Subramaniam (1B)

Tahun 2
Naomi Joy Lim Su Yen (2Z)
Jassleen Kaur  (2D)

Tahun 3
Sanjana Kaur (3Z)
Kirttanasathi a/p Sathia

Tahun 4
Hooi Shien Wey (4Z)
Mithula (4D)

Tahun 5
Lee Joey Leng
Renuga Selvam

Tahun 6
Sharenya Rao
Jayamayuri

TAHNIAH ADIK-ADIK!!!!!!




Friday, February 25, 2011

Selamat Hari Jadi Cikgu!!!

Perhimpunan pagi pada hari Isnin 21 Februari turut meraikan Hari Jadi guru-guru dan staf SKTD yang jatuh pada Januari dan Februari tahun ini. Guru-guru dan staf yang terlibat ialah Pn. Che Aishah, Puan Salvia, Puan Norfatimah, Puan Najah, Ustazah Fatimah, Puan Norhuda, Puan Shafieyah, Puan Poziah, Puan Noriaton, Puan Normah, Puan Norashizah, Puan Intan Suhana dan seorang dua lagi yang tidak dapat saya jejaki namanya. Maafkan saya ye...Selamat Hari Jadi Cikgu-cikgu!!!!!!








kriket dan skuasy

Pada 18 dan 19 Februari 2011, pasukan Kriket SKTD telah menyertai Pertandingan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Kinta Utara dan telah mengungguli tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SKTD. Penganugerahan peringkat sekolah telah dilaksanakan pada hari Isnin 21 Februari 2011 sewaktu perhimpunan pagi.

Di samping itu, seorang murid Tahun 2 Zamrud telah menyertai Pertandingan Skuasy Bawah 12 Tahun dan turut memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada adik Sikirthi A/P Chandran dan kedua ibu bapanya yang bertungkus-lumus memastikan adik Sikirthi mendapat latihan yang cukup dan membuahkan hasil. SKTD berbangga dengan anda. Guru Besar, Puan Hajah Rafiah menunjukkan penghargaan beliau kepada adik Sikirthi yang telah mengharumkan nama sekolah semasa menyampaikan penganugerahan dalam perhimpunan pagi Isnin 21 Februari yang lalu.
 




Mesyuarat Jawatankuasa PPDa kali 1

Pada  hari Khamis 17 Februari 2011, Mesyuarat Jawatankuasa PPDa kali 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKTD. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Hajah Normah bt Ramli, antaranya telah membincangkan program-program yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2011, penetapan agihan tugas ahli-ahli jawatankuasa, dan hal-hal lain yang berkaitan. Aktiviti yang telah dan akan dilangsungkan adalah hampir sama dengan aktiviti tahun-tahun lepas seperti Minggu PPDa.

Selain itu, turut dibentangkan adalah senarai ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana yang telah dimurnikan. Untuk maklumat semua warga SKTD, ahli jawatankuasa yang telah dipersetujui untuk tahun 2011 adalah seperti berikut:

JAWATANKUASA PPDa INDUK SKTD

Pengerusi
Puan Hajah Rafiah bt Abd Razak, Guru Besar SKTD

Naib Pengerusi
Puan Hajah Normah bt Ramli, Penolong Kanan HEM SKTD

Setiausaha
Puan Norhuda bt Othman Zailu, Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTD

Penolong Setiausaha
Puan Norfatimah , Guru PPDa

Ahli Jawatankuasa
Encik Nor Azlan Shah b Mohd Redhun
Cik Fazilah Haini bt Ab Ghani
Encik Sahipudin b. Mat Isa
Puan Azilah bt Baisah
Puan Asmawati bt Abdullah
Cik Wan Asneza bt Wan Mohamed
Puan Nor Izza bt Abd Samad

Guru Disiplin, Tn. Hj. Kamal Ismady b Yusof
Penghulu/Ketua Kampung, Tn. Hj. Ahmad b. Ahmad Wali
Wakil PDRM, S/M Balai Polis Bercham
Wakil Kesihatan, Pusat Kesihatan Besar Chemor
Setiausaha PIBG, Encik Md Zainal b. Mohamad Ali
Wakil Staf Sekolah, En. Mohd Mazlan b. Awang Kechik
Ketua Biro PPDa PIBG, Pn.Noryati bt Adam


JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa SKTD 2011

Penasihat
Puan Hajah Rafiah bt Abd Razak, Guru Besar SKTD

Pengerusi
Puan  Hajah Normah bt Ramli, Penolong Kanan HEM SKTD

Naib Pengerusi
Encik Shamshulbahri b. Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran SKTD

Setiausaha
Puan Norhuda bt Othman Zailu, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras
Puan Norfatimah , Guru PPDa

Penolong Penyelaras
Encik Nor Azlan Shah b. Mohd Redhun
Cik Puteri Nurul Atiqah bt Megat Azizan

Penyelaras Pengurusan dan Kepimpinan
Puan Norhuda bt Othman Zailu
Cik Fazilah Haini bt Ab.Ghani

Penyelaras Aktiviti Kurikulum
Puan Azilah bt Baisah
Puan Asmawati bt Abdullah
Encik Sahipudin b. Mat Isa
Puan Wan Zuliana bt Wan Omar
Cik Wan Asneza bt Wan Mohamed

Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
Puan Nor Izza bt Abd.Samad
Puan Norfatimah
Encik Nor Azlan Shah b. Mohd Redhun
Cik Puteri Nurul Atiqah bt Megat Azizan

Penyelaras Pembentukan Sahsiah
Puan Norhuda bt Othman Zailu
Tn.Haji Kamal Ismady b. Yusof

Wakil Guru Tahun Prasekolah - Puan Wan Zuliana
Wakil Guru Tahun Satu - Puan Nor Izza
Wakil Guru Tahun Dua - Cik Wan Asneza
Wakil Guru Tahun Tiga - Encik Sahipudin
Wakil Guru Tahun Empat - Puan Asmawati
Wakil Guru Tahun Lima - Cik Fazilah Haini
Wakil Guru Tahun Enam -Puan Azilah


AGIHAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA PPDa SKTD 2011

Failing - Pn. Norhuda
Dokumentasi dan Rekod Penggunaan - Pn. Norhuda
Jawatankuasa Pengawas - Pn. Norfatimah
Mengemaskini Blog - Pn. Norfatimah
Kebersihan Bilik Sumber PPDa - Pn.Norfatimah
Papan Info Luar Bilik Sumber - Pn.Norfatimah
Minggu PPDa - Encik Nor Azlan Shah
Aktiviti Murid Sepanjang Tahun - Encik Nor Azlan Shah
Sudut PPDa Hadapan Dataran Perhimpunan dan Kantin - Cik Puteri Nurul Atiqah
Info 5 Minit Anti Dadah - Cik Puteri Nurul Atiqah
Sudut Maklumat  Bilik Sumber:
a.   Destinasi 1 (Papan Organisasi) - Pn. Norfatimah
b.   Destinasi 2 (Seleksi Kehidupan) - Encik Nor Azlan Shah
c.   Destinasi 3 (SKTD Terbilang/Failing) - Pn.Norhuda
d.   Destinasi 4 (Informasi) - Pn.Wan Zuliana
e.   Destinasi 5 (Multimedia) - Pn.Nor Izza
f.   Destinasi 6 (Poster Murid) - Encik Sahipudin
g.   Destinasi 7 (Karnival PPDa) - Cik Puteri Nurul Atiqah
h.   Destinasi 8 (Kemenjadian Murid) - Cik Wan Asneza
i.   Destinasi 9 (Bahan Rujukan) - Pn.Azilah
j.   Destinasi 10 (Informasi) - Pn. Asmawati
k.   Destinasi 11 (Kraf Murid) - Cik Fazilah Haini
l.   Destinasi 12 (Undang-undang/Keratan Akhbar) - Pn.Norfatimah
m.   Destinasi 13 (Informasi) - Encik Nor Azlan Shah
n.   Destinasi 14 (Cermin Diri) - Cik Puteri Nurul Atiqah

Satu Jadual Waktu Penggunaan Bilik Sumber PPDa juga telah diwujudkan. Diharap usaha ini dapat menambahkan lagi 'kemeriahan' bilik PPDa kita. Semoga semua AJK yang terlibat dapat berganding bahu menjayakan PPDa SK Tasek Dermawan.

Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011/1432H

Warga SKTD telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 18 Feb 2011. Majlis dimulakan dengan program bacaan yasin bulanan di Dewan Seri Dermawan. Pada pukul 8.30 pagi murid-murid bergerak ke dataran perhimpunan untuk beratur mengikut kelas. Perarakan sempena sambutan ini dimulakan oleh kumpulan kompang sekolah yang bergerak dengan gagah sambil memalu kompang dengan penuh semangat melagukan selawat ke atas nabi junjungan Rasulullah s.a.w.








Jika diperhatikan, sebenarnya tarikh pada gambar telah silap di set iaitu 17hb, tarikh yang tepat ialah 18hb. Maaf kepada semua warga SKTD atas kesilapan teknik!!!
 

Laluan perarakan adalah di laluan lama iaitu murid-murid akan berarak sehingga ke hadapan SMK Bercham dan pusing semula melalui jalan yang sama untuk balik ke perkarangan sekolah. Bagi murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah yang turut menyertai perarakan buat kali pertama, tergambar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan ini. Tujuan program adalah untuk menerapkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, junjungan mulia kita.

Selepas perarakan, program diteruskan dengan persembahan murid iaitu mendeklamasikan puisi oleh adik Aisyatun Nadhirah daripada tahun 5. Seterusnya disambung pula dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Cik Fazilah Haini bt Ab Ghani, Guru Agama SKTD yang disulami dengan soalan-soalan kuiz dan nyanyian nasyid beramai-ramai. Kemudian penyampaian hadiah pula telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Shamshulbahri b. Ghazali bagi menghargai pasukan-pasukan perarakan yang mempamerkan kesungguhan dan kerjasama dalam perarakan dan bersemangat berselawat ke atas nabi. Juara ditentukan mengikut kelas tahun 1 - 6. Antara kelas yang telah berjaya ialah Tahun 1 Zamrud, 2 Zamrud, 3 Delima, 4 Intan, 5 Delima dan 6 Nilam. Tahniah diucapkan!









Tuesday, February 15, 2011

Fakta Bahaya Merokok


( Petikan daripada Majalah Mastika Disember 2010 )

  • Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.
  • Percaya atau tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus.
  • Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 bilion setahun kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.
  • Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
  • Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.
  • Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.
  • Bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.
  • Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada mati pucuk bagi lelaki.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat  Tahun Baharu Cina kepada semua warga SKTD yang menyambutnya - dari kami di Unit PPDa

Pemimpin Kecil SKTD

31 Januari 2011, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Encik Ahmad bin Mat Abas, Kaunselor Organisasi PPD Kinta Utara. Majlis berlangsung dengan jayanya. Barisan pemimpin kecil SKTD terdiri daripada :
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Pengawas Bilik SPBT
Pengawas Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Pengawas ICT
Pengawas Bilik Seni
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam persiapan majlis ini. Tahniah kepada semua pemimpin kecil SKTD!.

Pengawas PPDa
Seramai 10 orang murid SKTD dari Tahun 5 dan 6 telah dilantik sebagai Pengawas PPDa untuk tahun 2011.

Organisasi Pengawas Bilik Sumber PPDa 2011
Pengerusi                  -Nur Zulaikha bt. Shamshulbahri (6D)
Naib Pengerusi          -Muhammad Azzarul Idham b. Badrul Hisham (6D)
Setiausaha                -Shahira Umairah bt. Baharul Fuaidi (6I)
Penolong Setiausaha  -Mohamad Ikmal Eko Priyatno (5D)
Bendahari                 -Nurul Haida bt. Ahmad Berhanuddin (6B)
AJK Publisiti                      -Sathees A/L Balachandru (5Z)
AJK Pertandingan/Lawatan -Muhammad Syukri b. Nazirun (6B)
AJK Penyelaras Program     -Siti Nur Syahira bt. Rosli (6B)
AJK Info                           -Siti Hajar bt. Mohd. Jaafar (6I)
AJK Kebersihan/Keceriaan -Yasehgi A/P Soundraja (5I) 

Gambar-gambar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PPDa 2011


Ketua Pengawas PPDa - Nur Zulaikha

Muhammad Azzarul Idham

Muhammad Syukri

Shahira Umaira

Siti Hajar

Siti Nur Syahira


Nurul Haida

Mohamad Ikmal Hakim


Sathees

Yasehgi

Lafaz ikrar


Raptai majlis pada hari Jumaat 28 Januari di Dataran Perhimpunan, tetapi hari hujan pada hari Isnin 31 Januari menyebabkan majlis terpaksa di langsungkan di Dewan Seri Dermawan

 

There was an error in this gadget

Universal Converter