Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, July 16, 2013

Info 5 Minit Nati Dadah Siri 8/2013 - Ganja, Hashish, Marijuana

Baiklah kali ini kita tengok info tentang Ganja, Hashish dan Marijuana. Sedap namanya kan? Macam nama awek pun ada, nama coklat pun ada. Memang la nama tu dicipta sedap sebegiru supaya dapat menarik mangsa terytama para remaja. Akan tetapi semua benda ini adalah bahaya, jangan cuba ye, nanti merana. Baca info ini.



GANJA, HASHISH, MARIJUANA


Dikenali sebagai ganja, marijuana kanabis merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau
.

Cara Pengambilan:
Dihisap dalam rokok dan dikunyah, dicampur dalam makanan seperti nasi dan biskut

Tanda Pengambilan:
Khayal, sugul atau kecewa, tindak balas kelakuan berubah seperti mabuk, bila berdepan dengan rasa cemas dan takut, mata merah, tidak boleh tidur, sakit perut, hilang selera makan.

Kesan Pengambilan Jangka Pendek:
 Pergantungan, ketagihan, tekanan jiwa, halusinasi, bertambah selera makan, pergerakan tidak agresif.

Kesan Pengambilan Jangka Panjang:
Peribadi merosot dan kadang kala sakit otak akan menyerang sekiranya penyalahgunaan yang berpanjangan, kerosakan di bahagian paru-paru, jantung, otak.

LELAKI:
Pengeluaran hormon merosot, kurang bilangan sperma, mati pucuk.
PEREMPUAN:
Kedatangan haid tidak menentu, kurang bilangan telur dalam ovari, melemahkan daya penyusuan kepada bayi.
There was an error in this gadget

Universal Converter