Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, April 27, 2011

Jangan Mula, Nanti Sengsara...

Sumber : Youtube

Bersama Memerangi Dadah - Erti Kasih Sayang

Anda kenali anak-anak anda? Kasih sayang mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak yang membolehkan anak-anak membesar dalam suasana penuh harmoni dan sejahtera.



  1. Berikan dia bimbingan - tekun dan berterusan. Ini penting bagi kesuburan pertumbuhan mentalnya.
  2. Berikan dia masa anda - Masa yang digunakan bersamanya adalah lebih bermakna dari apa yang anda jangkakan.
  3. Berikan dia peluang mempelajari dan mengalami hal-hal baru - Ini memperkayakan pemikirannya.
  4. Berikan dia galakan bekerja dan bermain - Jangan dihadkan percubaannya meneroka, mencontohi, mencipta, membina dan mereka-fikir.
  5. Berikan dia tanggungjawab  bermula dengan kerja-kerja yang mudah - Ini latihan baik yang meyakinkan dia berguna.
  6. Berikan dia hak mempunyai watak  berbeza - Jangan bandingkan dia dengan adik-beradik yang lain.
  7. Berikan dia perlindungan dan keselamatan
  8. Berikan dia didikan agama.
Sumber - AADK Perak

Thursday, April 21, 2011

Hari Bumi Sedunia

Hari Bumi Sedunia disambut pada 22 April setiap tahun.Apa makna Hari Bumi ini? Sudah tentu ia mengingatkan kita tentang bumi yang kita pinjam dari anak-anak masa hadapan. Sama-samalah kita menjagai kesejahteraan bumi yang semakin tenat ini. Semuanya terletak ditangan kita...renung-renungkan!!


Monday, April 18, 2011

Shisha?

Pernah tengok shisha? Apa shisha tu? Ia lebih kurang macam rokok kerana asapnya dihisap masuk ke dalam badan.  Macam gambar ni....



Shisha terkenal di bandar-bandar besar, tetapi sekarang dah popular ke serata ceruk alam kat Malaysia ni. Maklumlah, benda tak elok memang ramai yang nak ikut. Yang elok tak nak ikut pulak!!
Menurut kajian Department of Health and The Centre of Tobacco Control, shisha lebih bahaya daripada rokok. Ini kerana shisha meningkatkan lagi kandungan karbonmonoksida dalam badan. Kesannya boleh merosakkan otak.  Kesan lain macam biasa la....badan bau busuk, gigi rosak dan sebagainya.
Menurut Dr.Hilary Wareing , shisha mengandungi 400 hingga 450 kali ganda bahan yang lebih berbahaya daripada rokok.
Dari segi agama Islam - Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke 37, 1993, "Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan". Oleh itu, shisha pun haram juga, kerana ia memudaratkan.
Ada sesiapa berani kata rokok dan shisha tak merosakkan tubuh badan?.......

Saturday, April 2, 2011

Minggu PPDa 2011

Minggu PPDa peringkat sekolah akan dijalankan di SKTD pada 4 hingga 8 April 2011. Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada minggu tersebut. Antara aktiviti yang telah diputuskan ialah hari pelancaran, ceramah dan pameran AADK, senamrobik, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan melukis poster tahap 2, pertandingan sudut PPDa dalam kelas, kuiz harian tahap 2, Info 5 Minit Anti Dadah dan pelancaran slogan baru PPDa SKTD.

Slogan yang akan mula digunakan mulai 4 April 2011 ialah Sihat Kuat Tanpa Dadah iaitu mengambil sempena singkatan nama sekolah, S.K.T.D. Harapan penyelaras dan ajk PPDa adalah agar murid-murid dapat menggunakan slogan ini seumur hidup mereka di samping dapat mengenang segala didikan dan pengalaman yang mereka peroleh di sekolah ini serta dapat menggunakannya untuk menjadi warga Malaysia yang sihat dan kuat tanpa pengaruh najis dadah.


Pengunjung dari SK Taman Bersatu

Bilik sumber PPDa SKTD telah menerima pelawat iaitu guru dari SK Taman Bersatu pada hari Jumaat 1 April 2011 yang berkunjung ke bilik sumber PPDa SKTD untuk mencari maklumat dan idea untuk menubuhkan sebuah bilik sumber PPDa di sekolah mereka. Kami amat berbesar hati atas kunjungan itu dan diharap SK Taman Bersatu berjaya mewujudkan bilik tersebut.



There was an error in this gadget

Universal Converter