Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, February 18, 2013

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SKTD 2013

Pengawas PPDa 2013 


Barisan Pemimpin Kecil SKTD 2013





Muhammad Haiman bin Roslan ( Ketua Pengawas PPDa)

Danish Daniel bin Muhd Azman

Muhd Amir Azim bin Abdul Shukor

Nur Safiyya bt Hishamuddin ( Penolong Ketua Pengawas PPDa )


Nurul Hannah Auni bt Mohd Hasan

Nurshafiqa bt Shahrun Nizam

Akmal Haziq bin Mohd Sharil

Mardhiah bt Rohani

Nur 'Alyaa' Adriana bt Hairul Anuar

Abdul Aziz bin Hussain Ali

Muhammad Luqman Al Hakim bin Mohd Arshad

Nur Hazirah Izzati bt Abdul Nasir

Nurshafiqah Umairah bt  Mohd Shahrul Azam

Anis Zulaikha bt Abd. Rashid

Ketua Pengawas PPDa dan Penolong Ketua Pengawas PPDa

Pengawas PPDa Tahun 6

Pengawas PPDa Tahun 5

Pengawas PPDa Tahun 4



Sunday, February 17, 2013

Jawatankuasa Pengawas PPDa SKTD 2013


Jawatankuasa Pengawas Bilik Sumber PPDa 2013


Pengerusi (Ketua Pengawas PPDa)
                             - Muhammad Haiman bin Roslan                (6Z)
Naib Pengerusi (Penolong Ketua Pengawas PPDa)
                             - Nur Safiyya binti Hishamuddin                   (6I)

Setiausaha         - Muhd Amir Azim bin Abd. Shukor             (6D)
AJK Info               - Danish Daniel bin Muhd Azman                (6I)
 AJK Publisiti                                - Anis Zulaikha bt Abd.Rashid (6I)
AJK Pertandingan/Lawatan    - Akmal Haziq bin Mohd Sharil  (5Z)
AJK  Kebersihan/Keceriaan    - Nurul Hannah Auni bt Mohd Hasan (6D)


Senarai Nama Pengawas PPDa 2013

        Tahun 6

1 Muhammad Haiman bin Roslan 6 Z
2 Muhd Amir Azim bin Abd. Shukor 6 D
3 Danish Daniel bin Muhd Azman 6 I
4 Anis Zulaikha bt Abd. Rashid 6 I
5 Nur Safiyya binti Hishamuddin 6 I
6 Nurul Hannah Auni bt Mohd Hasan 6 D
Tahun 5
7 Akmal Haziq bin Mohd Sharil 5 Z
8 Mardhiah bt Rohani 5 Z
9 Nur Syafiqah Umairah binti Mohd Shahrul Azam 5 D
10 Nurshafiqa binti Shahrun Nizam 5 D
11 Nur 'Alyaa' Adriana bt Hairul Anuar 5 B
Tahun 4
12 Abdul Aziz bin Hussain Ali 4 Z
13 Muhammad Luqman Al-Hakim b. Mohd Arshad 4 D
14 Nur Hazirah Izzati bt Abdul Nasir 4 Z

Thursday, February 14, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri2/2013


Info  kali ini dibacakan oleh Danish Daniel bin Muhd Azman dari kelas 6 Intan. Berikut adalah bahan info yang dibaca oleh beliau.



Dadah dan ciri-cirinya.

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1.                  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf otak dan saraf tunjang.
2.                  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
3.                  Diperoleh secara haram.
4.                  Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
5.                  Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Oleh itu, pastikan diri anda tidak terlibat dengan dadah. Jika anda terlibat, bererti, anda akan menderita sepanjang hayat.


Jenis-jenis Dadah

Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
  
A.                Opiat
Candu
Morfin
Heroin
Kadien
Opiat sintetik

B.                   Stimulan
Amfetamin
Methamfetamine
Kokain  
Ecstasy

C.                Ganja / Kanabis
Kanabis Herba
Hashish
Minyak Hashish

D.                 Halusinogen
Paint Thinner

E.                  Depresen
Ubat ‘depresen’
Alkohol
Liquid Ecstasy
Ketamin = ubat bius haiwan

F.                   Ubat-ubatan dan bahan yang disalahguna
Steroid
Gam
Petrol
Daun Ketum
Ubat penenang
Ubat tidur
Ubat penahan sakit

Thursday, February 7, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 1/2013

Info 5 Minit Anti Dadah untuk tahun 2013 telah pun bermula hari ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, Pengawas PPDa telah ditugaskan untuk membaca info. Pengawas PPDa yang membaca info akan bersedia mengikut topik dan jadual yang telah disusun untuk mereka. Tajuk Info 5 Minit hari ini ialah Apa Itu Dadah?. Info dibacakan oleh Pengawas PPDa, Anis Zulaikha bt Abd. Rashid, Tahun 6 Intan.


Apa itu dadah?
           
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, emosi, mental dan tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
            Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.
Contohnya penagih akan sanggup mengemis, melacur diri, merompak, menyamun bahkan membunuh asalkan mereka mendapat perolehan bagi membeli dadah. Ini membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut terhadap diri sendiri  dan juga orang lain.
Dadah yang dikenali umum terdiri daripada ganja, heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun hakikatnya, dadah turut merangkumi tembakau dan rokok, arak serta ubat-ubatan yang diambil berlebihan.




Anis Zulaika bt Abd.Rashid sedang membaca Info 5 Minit Anti Dadah




Sunday, February 3, 2013

Modul/Kit PROSIDAR Tahap 1 dan 2

Semua guru PJPK Tahap 1 dan PSK Tahap 2 yang akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran PROSIDAR tahun 2013 boleh mendapatkan modul/kit PROSIDAR dengan memuat turun daripada pautan yang telah disertakan. Sila pergi ke PAUTAN dan tuan-puan boleh mula memuat turun bahan-bahan berkaitan PROSIDAR.

Tuan-puan juga boleh mendapatkan terus bahan yang sama  di laman-laman sesawang berikut:

www.prosidar.blogspot.com
www.ppdakpm.blogspot.com

Saturday, February 2, 2013

PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah)


MEMO

 KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”                                          Tarikh:  2 Februari 2013

Kepada:
Semua Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan  Tahap 1, dan
Semua Guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahap 2

Tuan,

PELAKSANAAN  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROSIDAR

Merujuk perkara di atas, semua guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tahap 1 dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) Tahap 2 dikehendaki menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah) dalam kelas masing-masing sebagaimana yang sepatutnya.

2.         Waktu pengajaran dan pembelajaran  PROSIDAR ialah selama 60 minit dalam satu bulan untuk kedua-dua tahap sama ada berturut-turut dalam dua masa atau diasingkan satu masa yang dijalankan dua kali dalam sebulan. Guru-guru terbabit boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik sumber PPDa atau di kelas masing-masing.

3.         Modul/Kit  PROSIDAR Tahap 1 dan 2 boleh dimuat turun dengan melayari ruangan PAUTAN dalam blog ppdasktd ini.


Segala perhatian dan kerjasama didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


’Saya Yang Menurut Perintah’

Guru Penyelaras PPDa
Sek. Keb. Tasek Dermawan, Ipoh.
There was an error in this gadget

Universal Converter