Pada pukul 11.05 pagi, 29 April 2009, SKTD mengadakan latihan kebakaran kali kedua. Pada kali ini, guru-guru dan murid-murid tidak dimaklumkan terlebih dahulu seperti latihan kali pertama yang pernah diadakan sebelum ini.
Tujuannya, untuk mengetahui keperihatinan warga SKTD bertindak jika berlaku kebakaran di sekolah. Syukur, jika benar-benar berlaku kebakaran, semuanya akan terselamat. Pihak guru dan murid menyedari langkah-langkah yang perlu diambil semasa latihan kebakaran dilaksanakan.
Kehadiran murid-murid diambil dan murid-murid telah berkumpul di tempat yang telah ditentukan. Seterusnya, murid-murid telah diberikan taklimat kebakaran oleh Pn. Ainul dan En. Muhammad Bin Hassan, PK Hem.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa orang murid yang cedera di siku, kerana bertolak-tolakan semasa menuju ke tempat perhimpunan kebakaran. Begitu juga, terdapat seorang murid pra sekolah menangis ketakutan kerana menyangka benar-benar berlaku kebakaran.
Sepatutnya murid-murid beratur dengan senyap sambil menutup kipas atau lampu dan berjalan dengan cepat ke tapak perhimpunan yang telah ditetapkan mengikut laluan yang telah ditentukan.
Selepas taklimat, murid-murid beredar masuk ke kelas masing-masing dengan teratur untuk meneruskan P&P hari tersebut. Syabas untuk semua