Pada waktu ini, Bilik Sumber PPDa sedang diubah suai untuk menambahkan pelbagai maklumat berkaitan dadah serta bahan-bahan yang berguna untuk sesi P&P. Begitu juga bahan-bahan sumber yang lain seperti video, multimedia, carta dan sebagainya akan diperbanyakkan.
Bilik Sumber PPDa juga berperanan sebagai satu sesi penerangan dan pameran yang memberikan input dalam penyalahgunaan dadah serta kesan-kesannya. Selain itu, berperanan sebagai salah satu tempat untuk menjalankan sesi P&P.
Apa yang lebih penting, usaha pencegahan dadah yang dijalankan seharusnya dimulakan di peringkat rendah bak kata pepatah "Kalau nak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya".
Melalui persembahan pameran yang menarik, murid-murid akan didedahkan tentang penyalahgunaan dadah serta akibatnya. Ini diharapkan menjadi 'pendinding' untuk mereka dalam perjalanan hidup melonjak dewasa. Seterusnya, akan menyebarkannya kepada keluarga dan masyarakat sekeliling yang akhirnya membawa kebaikan untuk agama, bangsa dan negara.

1 comment:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada blogmaster,
Di sini saya ingin menyumbangkan grafik logo sekolah ini untuk digunapakai oleh pihak sekolah. Logo ini adalah logo SKTD.. yang saya buat semula untuk digunakan samada untuk web, cetakkan dan sebagainya. Logo boleh di download di sini:
http://www.gcloud.com/misc/download/sktdlogo.zip
Saya harap sumbangan yang amat kecil dari saya ini dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah di mana anak saya sedang menuntut ilmu.
Sekian
Post a Comment