Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT DATANG GURU BESAR KE 6:PN. HJH RAFIAH BT. ABDUL RAZAK

Pn. Hjh. Rafiah Bt. Abdul Razak mula bertugas di SKTD pada 1 Julai 2010. Sebelum ini beliau bertugas di JPN Perak sebagai Penyelia Kurikulum. Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Guru Besar di SK Convent Ipoh dan SK Malim Nawar.

Sekembalinya Pn. Hjh. Rafiah bertugas di sekolah boleh diumpamakan seperti sirih pulang ke ganggang. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Latar belakang beliau, dilahirkan di Linggi, Negeri Sembilan pada 29 Julai 1959. Suami beliau ialah Hj. Yahya Bin Hj. Zakaria yang sekarang difahamkan bertugas di Politeknik Sabak Bernam, Selangor. Mempunyai tiga orang anak lelaki, yang masih belajar.
Sekolah yang pernah beliau curahkan bakti adalah seperti berikut:
1. SMK Convent, Seremban            1982-1983.
2. SM Convent Bukit Mertajam       1984-1989.
3. SM Perimbun Cheras                   1990-1993.
4. SK Serdang UPM Selangor         1994.
5. SK Sungai Raya Kg. Kepayang   1995-1998.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sumber Manusia(2008) dari OUM dan merupakan lepasan Maktab Perguruan Teknik, KL(1981). Hobi beliau iaitu memasak dan melancong.  Warna merah jambu dan putih merupakan warna kegemaran beliau. Masakan kegemaran ialah jenis bersop dan masak lemak cili api.
 Perkara yang ingin dicapai di SKTD secara umumnya ialah, semua murid SKTD cemerlang dalam akademik, mempunyai sahsiah terpuji dan menjadi insan yang berkualiti dari semua segi dalam meningkatkan diri, agama, keluarga, dan bangsa.
Diharapkan kehadiran beliau di SKTD akan membawa harapan, kemakmuran dan kesejahteraan buat kita semua. Semoga Berjaya! bersama kami di SKTD.

No comments: