Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, June 30, 2011

1Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pihak PPDa membantu sekolah dalam menguar-uarkan larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang akan diadakan di SKTD pada hari Sabtu, 2 Julai. Pada hari Khamis, 30 Jun, guru-guru dan pihak pentadbiran SKTD telah bermesyuarat tentang pelaksanaan program ini. Laluan untuk larian dan tugas para guru telah ditetapkan untuk hari tersebut. Guru-guru SKTD sungguh bersemangat sekali untuk bersama-sama merealisasikan program ini.

Oleh yang demikian, pihak PPDa mewakili pihak SKTD mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dalam larian ini. Ini kerana ibu bapa digalakkan bersama-sama menyertai larian dengan anak masing-masing. Kami sungguh berbesar hati jika terdapat banyak penyertaan daripada ibu bapa pada hari itu nanti.

Seusai acara larian, program bakal diteruskan dengan pertandingan futsal dan bola jaring antara kelas Tahap 2. Bagi Tahap 1 pula, murid-murid bakal dibawa menonton tayangan video yang berkaitan dengan sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011 sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian dan sudah tentu kami tidak mahu murid-murid SKTD ketinggalan melakarkan nama masing-masing dalam program ini.

Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing, serentak di seluruh negara.  Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia,  Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping, Perak. 

No comments: