Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, August 26, 2011

Majlis di Ambang Syawal

Pagi yang indah untuk warga SKTD, khususnya untuk murid-murid apabila Majlis di Ambang Syawal berlangsung pada Jumaat 26 Ogos. Hati berbunga-bunga, jiwa rasa bahagia sementelah sebulan berpuasa, kini mereka dirai di ambang Syawal. Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka SKTD melibatkan ucapan wakil murid, wakil guru dan ucapan guru besar, penyampaian hadiah Program Ihya Ramadan dan persembahan nyanyian lagu hari raya oleh anak-anak Tahun Empat dan kumpulan Koir SKTD. Guru-guru juga tidak ketinggalan berasa seronok meraikan kemenangan menjalani ibadah puasa.

Walaupun begitu, selepas bacaan yassin yang memulakan hari yang indah ini, tazkirah oleh Ustaz Dzulkifli, telah mengingatkan murid-murid agar menjaga ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, bangun solat sunat semasa cuti terutama Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR, tidak meninggalkan solat semasa bercuti nanti dan menjaga akhlak sepanjang merayakan hari yang mulia Aidilfitri. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid SKTD. Bagi anak-anak yatim dan yang memerlukan, wang raya dihulurkan dek guru-guru SKTD yang amat prihatin dan penyayang. Cerialah mereka, meriahlah suasana...........


 























No comments: