Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, April 16, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 4/2013

Tajuk - Akibat Penyalahgunaan Dadah
Disampaikan oleh - Muhd Amir Azim b. Abd.Shukor (6 Delima)






Akibat Penyalahgunaan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada 4 sudut iaitu
1.         Kesan kepada penagih
2.         Kesan kepada keluarga
3.         Kesan kepada masyarakat
4.         Kesan kepada negara

Kesan kepada penagih

1.      Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah
2.      Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja
3.      Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan
4.      Pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihan
5.      Daya tahan penyakit akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Kesan kepada keluarga

1.      Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
2.      Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang  yang banyak untuk merawatnya
3.      Rumah tangga menjadi porak peranda
4.      Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga dalam kalangan anggota keluarga

Kesan kepada masyarakat

1.      Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan
2.      Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah
3.      Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah

Kesan kepada Negara

Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah:
1.      Kehilangan/ kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
2.      Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
3.      Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
4.      Kos kerana kerugian akibat aktiviti jenayah yang berlaku
5.      Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
6.      Kos kerugian tenaga dan modal insan  kerana  kebanyakan yang  terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

No comments: