Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, April 19, 2012

Minggu PPDa 2012 - Kuiz

Murid Tahap 1 dan Tahap 2 boleh mencari jawapan bagi soalan-soalan kuiz dalam bilik sumber PPDa SKTD. Semua soalan adalah berdasarkan maklumat yang terdapat pada papan kenyataan di dalam atau luar bilik sumber PPDa dan juga pada poster-poster yang ditampal di dinding-dinding dalam bilik sumber PPDa. Tuliskan jawapan anda dan serahkan kepada guru PPDa secepat mungkin. Sebarang pindaan maklumat akan diberitahu dalam perhimpunan pagi hari persekolahan. Selamat menjawab..hadiah menanti para pemenang..!!!!

Soalan Kuiz Tahap 1

  1. Berikan 4 rahsia untuk hidup sihat sepanjang hayat:
    1. Makan _____________________________
    2. Lakukan ____________________________
    3. Jangan mula _________________________
    4. Tangani _____________________________
  2.  Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:
    1. G___ ___ J___
    2. KO___ ___ ___ N
    3. ___ ___ R___I___
    4. ___Y___ ___U
    5. H ___ ___ O ___ N
    6. EC___ ___ ___S ___
  3. Hukuman mandatori ialah ______________________________________ dan ia adalah di bawah Akta __________________ .
  4. Beri nama penuh Pengawas PPDa (seorang sahaja):
    1. Pengawas PPDa Tahun 4 _______________________________________
    2. Pengawas PPDa Tahun 5 _______________________________________
    3. Pengawas PPDa Tahun 6 _______________________________________


Soalan Kuiz Tahap 2

  1. Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.
  2. Nyatakan 3 sebab yang paling kukuh para penagih mula terjebak dengan najis dadah.
  3. Nyatakan formula Indeks Jisim Badan (BMI).
  4. Beri 3 bidang tugas PPDa.
  5. Visi PPDa ialah untuk merealisasikan Sekolah Bebas Dadah tahun ____________.
  6. Beri 3 akibat menagih najis dadah.
  7. Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.
  8. Beri 3 kesan penyalahgunaan daun ketum.
  9. Apakah hukuman merokok dalam Islam?
  10. Beri 4 jenis inhalan.

Peringatan ;- Semua jawapan soalan kuiz ada dalam bilik sumber PPDa. Sila cari dan tuliskan pada sehelai kertas dan hantar kepada Guru PPDa secepat mungkin. Maklumat boleh dicari bermula dari Lorong Keinsafan , Destinasi 1 sehingga ke Destinasi 14 di Bilik Sumber PPDa. Jawapan yang tidak mengikut paparan maklumat atau poster di bilik sumber PPDa tidak diterima. Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan bilik sumber PPDa secara maksimum.


Monday, April 16, 2012

Minggu PPDa - Perasmian oleh Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria

Pada pagi Isnin 16 April 2012, warga SKTD berasa amat bangga kerana Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria sudi merasmikan Minggu PPDa yang dilancarkan hari ini. Kehadiran beliau, amat kami alu-alukan dan unit PPDa SKTD sendiri berasa berbesar hati atas kesudian Encik Asrul Sani menyokong program tahunan ini.

Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh Encik Asrul Sani, program pagi ini diserikan dengan persembahan Pengawas PPDa yang menyanyikan lagu yang dipetik daripada Modul Prosidar 'Tanya Sama Hati', diikuti dengan lafaz ikrar anti dadah oleh murid-murid SKTD yang diketuai oleh Ketua Pengawas PPDa, adik Sathees A/L Balachandru, seterusnya nyanyian dua buah lagu iaitu 'Dadah Durjana' dan 'Kami Bebas Dari Dadah' oleh semua warga SKTD, dan diakhiri dengan laungan penuh semangat "Kami Bebas Dari Dadah".

Unit PPDa SKTD berharap program yang dirancang sepanjang Minggu PPDa akan berjalan lancar dan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga Minggu PPDa dapat meninggalkan impak dalam diri warga SKTD tentang matlamat merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015.


Ucapan Guru Besar SKTD, Pn Hajah Rafiah bt Abdul Razak
Ucapan Perasmi, Encik Asrul Sani bin Zakaria, Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara






Slogan PPDa SKTD, Sihat Kuat Tanpa Dadah


Cenderahati untuk perasmi

Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Minggu PPDa 16 - 20 April 2012

Tema – 1Malaysia Membanteras Dadah

Tema Sekolah – SKTD Bebas Dadah


1.     Pertandingan Sudut PPDa antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2

• Semua Guru Kelas Program akan dimaklumkan sebelum Minggu PPDa bermula. Penjurian akan dijalankan dalam Minggu PPDa.

 2.     Kuiz Anti Dadah

• Akan dijalankan dalam Minggu PPDa. Soalan Kuiz dalam blog PPDa.


3.    Pertandingan Mewarna Tahap 1

• Dijalankan sewaktu P&P PSV/Dewan Terbuka

4.    Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

• Dijalankan sewaktu P&P PSV/Dewan Terbuka


 5.    Senamrobik 30 minit

Rabu 25 April

 6.    Info 5 Minit Anti Dadah

Dijalankan setiap hari semasa perhimpunan pagi, sepanjang Minggu PPDa.


7.    Ceramah dan Pameran Anti Dadah (AADK)
Tarikh: Akan ditentukan oleh AADK


8.     Pertandingan Mendeklamasi Puisi / Sajak Tentang Bahaya Dadah Murid Tahap 1 dan 2 
Akan dijalankan dalam Minggu BM bermula 23 April

 9.     Menulis Karangan Anti Dadah

Akan dijalankan dalam Minggu BM.


10.    Bacaan Ikrar Murid Warga SKTD

 
11.    Nyanyian Lagu Anti Dadah dan Lagu Tema PPDa (semasa waktu Muzik)

• Hari Pelancaran Minggu PPDa dan Sepanjang Minggu PPDa





Tuesday, April 10, 2012

Makluman Pertandingan Sudut PPDa antara kelas SKTD.

Makluman Untuk Semua Kelas Tahap 1 dan Tahap 2

 
Sempena Minggu PPDa yang akan diadakan pada 16 hingga 20 April 2012 akan datang, satu pertandingan Sudut PPDa dalam kelas akan diadakan. Semua guru kelas boleh membuat persiapan sudut PPDa untuk pertandingan tersebut. Penjurian akan diadakan di sepanjang minggu PPDa. Sila baca butiran di bawah untuk keterangan lanjut.


Pertandingan Sudut PPDa antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2


1.   Cara menyediakan bahan sudut bergantung pada kreativiti guru dan murid-murid kelas tersebut.


2.   Penyertaan: Kelas Tahap 1 dan Tahap 2

 
3.   Penjurian akan dijalankan dalam Minggu PPDa.




4.   Antara perkara yang diambil kira untuk pemarkahan ialah

     1. Isi (30 markah)


     2. Kreativiti (40 markah)


     3. Kerjasama Murid (30 markah)







Monday, April 9, 2012

Tetamu dari RPS

Pada hari Isnin 9 April 2012, PPDa SKTD telah menerima 4 orang tetamu dari Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan informasi tentang bahan-bahan bilik sumber PPDa RPS. PPDa SKTD amat berbesar hati dapat berkongsi maklumat dengan para tetamu kami ini. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.



Wednesday, April 4, 2012

TKRS Perempuan 'bersandwic' 4 April 2012

Aktiviti hari ini lain sedikit dari biasa - selepas jemu berkawad, ber'buku log' dan bergajet, ahli TKRS belajar pula bagaimana nak buat sandwic. Sebenarnya ini umpama 'ulangkaji' saja terutama untuk tahun 5 dan 6 kerana mungkin ada yang berpengalaman menghasilkan sandwic sendiri sebelum ini. Tapi bagi ahli tahun 4 khususnya, kita beri pengalaman baharu pada mereka. Nasib baik cikgu-cikgu perempuan TKRS bagi idea 'canggih' ni..boleh juga kasi up skill sikit. Jom kita tengok mereka buat sandwic 'buatan sendiri'..dan jangan lupa....ini juga adalah proses kemenjadian kita!!

nasib baik ada Cikgu Kumaran tolong bukakan tin sardin, kalau tidak sampai ke sudah la tak siap!!


nampak macam ada special assistant tu....teka siapa?





Monday, March 26, 2012

English Language Week 2012

26th March - 30th March 2012 "Learning English Is Fun"

Objectives:
  1. To instil love for the language
  2. To boost pupils' confidence in using the language
  3. To encourage pupils to use the language
Activities:
  1. Pre-school - Nursery Rhymes
  2. Year 1 - Singing
  3. Year 2 - Poetry Recital
  4. Year 3 - Word Maze
  5. Year 4 - Crossword Puzzle
  6. Year 5 - Written Quiz
  7. Year 6 - Crossword Puzzle
  8. are you sleeping...are you sleeping.... brother ..??...:)

Thursday, March 22, 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke10

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 akan diadakan di Dewan Terbuka SKTD pada hari Sabtu 24 Mac 2012 jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa dijemput hadir untuk membincangkan usul-usul yang dikemukakan. Kehadiran ibu bapa sangat-sangat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Perlawanan Persahabatan Kriket 21 Mac 2012 di padang SKTD



Wednesday, March 21, 2012

Info 5 Minit - 21 Mac 2012 - Tajuk = Dadah dari sudut agama Islam


Disampaikan oleh = Nursafiyya binti Hishamuddin

Dadah dari sudut agama Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat.


Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”


Dadah juga menghancurkan institusi keluarga. Keluarga yang mempunyai ketua atau ahli yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.


Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.


Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:


1. Menanam sebarang tumbuhan untuk menghasilkan dadah


2. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


3. Menjual beli dadah


4. Menggunakan dadah


5. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan.

 
 
Soalan Kuiz Terkumpul Tahap 1:

Tuesday, March 20, 2012

Minggu Matematik 2012

Minggu Matematik akan berlangsung mulai 19 Mac - 23 Mac 2012. Pelancarannya telah pun dijalankan pada Isnin 19 Mac semalam oleh Ketua Panitia Matematik SKTD, Puan Azilah Baisah diikuti persembahan Helah Matematik oleh Puan Noormaliza bersama murid. Minggu Matematik telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rafiah Abd.Razak, Guru Besar SKTD.

Contoh aktiviti yang dijalankan ialah Bijak Sifir, membaca sifir semasa perhimpunan setiap pagi, membaca sifir 5 minit setiap hari di dalam kelas, mencongak dengan pantas, teka silang nombor, rekreasi Matematik dan Sudoku.

Antara objektif Minggu Matematik ialah:

  1. Mengembang bakat dan potensi diri dalam bidang Matematik
  2. Meningkatkan tahap keyakinan diri dan kemahiran KBKK
  3. Meningkatkan semangat kerjasama dan berdaya saing dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti yang dijalankan
  4. Menerapkan semangat cintakan mata pelajaran Matematik
  5. Berasa seronok semasa menjalankan aktiviti

    Soalan Kuiz Matematik untuk murid Permata

Monday, March 19, 2012

Kembali ke sekolah!!!

Selamat kembali ke sekolah dan menyambung penggal seterusnya.

Sumber : Internet