Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, April 16, 2012

Minggu PPDa - Perasmian oleh Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria

Pada pagi Isnin 16 April 2012, warga SKTD berasa amat bangga kerana Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria sudi merasmikan Minggu PPDa yang dilancarkan hari ini. Kehadiran beliau, amat kami alu-alukan dan unit PPDa SKTD sendiri berasa berbesar hati atas kesudian Encik Asrul Sani menyokong program tahunan ini.

Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh Encik Asrul Sani, program pagi ini diserikan dengan persembahan Pengawas PPDa yang menyanyikan lagu yang dipetik daripada Modul Prosidar 'Tanya Sama Hati', diikuti dengan lafaz ikrar anti dadah oleh murid-murid SKTD yang diketuai oleh Ketua Pengawas PPDa, adik Sathees A/L Balachandru, seterusnya nyanyian dua buah lagu iaitu 'Dadah Durjana' dan 'Kami Bebas Dari Dadah' oleh semua warga SKTD, dan diakhiri dengan laungan penuh semangat "Kami Bebas Dari Dadah".

Unit PPDa SKTD berharap program yang dirancang sepanjang Minggu PPDa akan berjalan lancar dan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga Minggu PPDa dapat meninggalkan impak dalam diri warga SKTD tentang matlamat merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015.


Ucapan Guru Besar SKTD, Pn Hajah Rafiah bt Abdul Razak
Ucapan Perasmi, Encik Asrul Sani bin Zakaria, Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara






Slogan PPDa SKTD, Sihat Kuat Tanpa Dadah


Cenderahati untuk perasmi


Persembahan Nyanyian daripada Pengawas PPDa


Lafaz Ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas PPDa, Sathees A/L Balachandru



Guru-guru dan tetamu kehormat menerima lafaz ikrar anti dadah daripada murid-murid SKTD

Nyanyian lagu Dadah Durjana dan Kami Bebas Dari Dadah



Majlis pelancaran dan perasmian Minggu PPDa ditutup dengan bacaan doa dan berakhir jam 8.50 pagi.

No comments: