Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, June 10, 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG: PERSARAAN BONDA HJH. KAMARIAH (SIRI 2)

Lebih kurang pukul 3.15 petang, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, satu majlis 'high tea' diadakan khas untuk Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Staf SKTD. Para guru, staf serta beberapa orang ibu bapa yang diketuai oleh Dr. Yahya Bin Osman, YDP PIBG turut hadir. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Muhd. Parihan Bin Wan Hasan. Diikuti terus dengan hadiah perpisahan para guru dan staf kepada Hjh. Kamariah Bt. Mohamad. Sejurus selesai, semua yang hadir menjamu selera secara 'bufet'.

Juruacara pada petang itu iaitu, Cikgu Nor Azlan Shah Bin Mohd. Redhun. Acara diteruskan dengan ucapan CIkgu Sahipudin Bin Mat Isa, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKTD yang mendeklamasikan puisi khas untuk Bonda. Cabutan Bertuah turut diadakan, hamper sumbangan Pengusaha Kantin SKTD. 'Goodies' turut diedarkan kepada semua yang hadir.

Bonda Hjh Kamariah turut memotong kek sebagai meraikan perkhidmatan selama 31 tahun. Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang guru  yang telah menggubah sebuah lagu khas untuk Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD. Majlis berakhir pukul 5.15 petang dengan salam perpisahan semua yang hadir.


No comments: