Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, June 2, 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG(SIRI 1)

Pada 31 Mei 2010, hari Isnin suatu majlis khas telah diadakan bagi persaraan Bonda Hajah Kamariah Binti Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan(SKTD). Semua warga SKTD turut serta dalam majlis tersebut. Selain itu, tetamu khas iaitu, Tuan Haji Mohd. Radzi Bin Abdul Jabar, Pengarah Jabatan Negeri Pelajaran(JPN) Perak dan Encik Said Bin Manap, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kinta(U) bersama barisan tetamu jemputan lain yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPN, PPD Kinta(U), Encik Othman Bin Abdul Aziz, wakil Majlis Guru Besar(MGB) Kinta(U) dan,barisan guru besar sekitar SKTD turut sama meraikan persaraan Guru Besar SKTD.


Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu VIP dan jemputan lain. Selepas itu, semua tetamu yang hadir dipelawa untuk Jamuan VIP. Pada pukul 11.00 pagi, acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Diikuti bacaan doa oleh Ustaz Kamal Ismady Bin Yusof.

Seterusnya, ucapan wakil murid yang disampaikan oleh Adik Aisah Binti Mohamad, 6 Zamrud. Selepas itu, Cikgu Shamshulbahri Bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan ucapan. Dr. Yahya Bin Osman, YDP PIBG turut sama berucap, sebagai mewakili ibu bapa SKTD.

Tibalah masa individu yang diraikan iaitu, Puan Hajah Kamariah Binti Mohamad, Guru Besar SKTD yang kelima menyampaikan ucapan perpisahan yang merangkumi pengalaman, panduan serta nasihat kepada semua hadirin yang ada. Sebelum itu, tayangan 'slide show' biografi beliau ditayangkan. Kejutan buat beliau dan seluruh warga SKTD apabila didudukkan di buaian gantung, simbolik penghargaan warga SKTD atas khidmat beliau di sekolah. Suasana kelihatan sayu ketika itu... Tuan Haji Mohd. Radzi Bin Abdul Jabar, Pengarah JPN Perak turut menyerikan majlis ini dengan menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa yang pernah Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad curahkan selama 31 tahun berkhidmat sebagai seorang guru.

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah persaraan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Perak kepada Bonda Hajah Kamariah Binti Mohamad. Majlis diteruskan dengan tiga persembahan murid SKTD. Tetamu VIP iaitu Tuan Pengarah JPN Perak dan PPD KInta(U) beredar pulang semasa persembahan murid.

 Seterusnya penyampaian hadiah penghargaan daripada warga SKTD, wakil MGB dan barisan guru besar yang hadir.
Kemuncak majlis ini ialah Upacara Penghantaran Persaraan Bonda Hajah Kamariah Binti Mohamad dengan seluruh warga SKTD bersalam tangan dan ditaburi dengan daun wangian berarak ke kenderaan khas yang dihias indah menghantar beliau. Lambaian terakhir buat beliau oleh seluruh warga SKTD dengan doa dan harapan agar berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Sayonara-sayonara,
Sampai berjumpa lagi (2X),
Ingat-ingat itu, 'remember',
Jangan lupa itu, 'don't forget',
Kami sayang kamu,
'We love you',
Hanya engkau,
'Only you'.
(Lagu sayonara)

Nota: Sila ke 'Facebook' SKtasekdermawan Ipoh Perak untuk melihat gambar-gambar semasa Majlis Jasamu dikenang.

No comments: