Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, April 2, 2011

Minggu PPDa 2011

Minggu PPDa peringkat sekolah akan dijalankan di SKTD pada 4 hingga 8 April 2011. Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada minggu tersebut. Antara aktiviti yang telah diputuskan ialah hari pelancaran, ceramah dan pameran AADK, senamrobik, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan melukis poster tahap 2, pertandingan sudut PPDa dalam kelas, kuiz harian tahap 2, Info 5 Minit Anti Dadah dan pelancaran slogan baru PPDa SKTD.

Slogan yang akan mula digunakan mulai 4 April 2011 ialah Sihat Kuat Tanpa Dadah iaitu mengambil sempena singkatan nama sekolah, S.K.T.D. Harapan penyelaras dan ajk PPDa adalah agar murid-murid dapat menggunakan slogan ini seumur hidup mereka di samping dapat mengenang segala didikan dan pengalaman yang mereka peroleh di sekolah ini serta dapat menggunakannya untuk menjadi warga Malaysia yang sihat dan kuat tanpa pengaruh najis dadah.


2 comments:

TUAN AHMAD FAIZAL BIN HALIDI said...

Saya merasa berbangga dengan kemajuan yang dilakukan oleh Penyelaras Bilik Sumber PPDa serta barisannya. Diharapkan supaya lebih dinamik dan pelbagaikan lagi unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah secara langsung dalam kokurikulum pula. Sebagai contoh menubuhkan Persatuan Usahawan PPDa. Sekian, terima kasih.

PPDa SK TASEK DERMAWAN IPOH said...

Ya. Dan lebih bagus jika ada respon yang lebih baaaaiiikkk dan kerjasama yang lebih kuuuaaaaatttt daripada semua orang...