Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, October 10, 2012

Perkhemahan Perdana 2012 dan Hari Kokurikulum 2012

Baru-baru ini diadakan Perkhemahan Perdana 5 hingga 7 Oktober 2012 serentak dengan Hari Kokurikulum pada 6 Oktober 2012. Program berlangsung dengan lancar dan meriah. Lebih kurang 100 orang murid telah melibatkan diri dalam perkhemahan ini yang diadakan di padang dan persekitaran sekolah merangkumi aktiviti mendirikan khemah, solat berjemaah, tazkirah, 'burung hantu', 'kucing buta', senaman pagi, membina gajet, malam kebudayaan dan masakan rimba. Sepanjang perkhemahan, kumpulan guru-guru bahagian memasak bertungkus-lumus menyediakan makanan murid. ....Itulah rahsianya peserta-peserta perkhemahan kekenyangan sepanjang program....!!!

Sementara itu untuk Hari Kokurikulum, aktiviti yang dijalankan ialah persembahan kawad kaki dan  jualan gerai yang dilakukan oleh Kelab Guru, Kelab Seni, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab BOSS, Kelab Pencinta Alam dan Persatuan Nasyid dan Koir. Kelab Pencegahan Jenayah, walaupun menjadi kelab yang paling lambat membuka gerai, [ kerana menu 'ayam goreng Gerenti Sedap' yang lambat tiba :) ], telah berjaya menjadi gerai yang paling awal ditutup kerana semua barang jualan habis terjual..(senyum sikit..). Lima orang murid pembantu gerai yang terdiri daripada ahli kelab pun kenyang kerana mendapat upah makan ayam goreng dan naget percuma!! Turut diadakan ialah aktiviti karaoke dan pertandingan mewarna Tahap Satu dan Dua. Bilangan pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

jom tengok gambar........




Gerai KPJ - terlaris di pasaran :)

Ayam goreng Gerenti Sedap dan Naget Power..tunggu menu sama  tahun depan tau...

Karaoke....peserta paling muda di dunia...heheh..anak sapa la tu ye..

Malam Kebudayaan

Ada sesapa rasa seram sejuk tak..??? Hantu lalu nih....

Pemenang Pertama Persembahan Malam Kebudayaan - Tarian Bollywood yang menghiburkan!

Pemenang Kedua - Sketsa dalam Lagu 'Anak Kampung'

Pemenang Ketiga - Tarian Kain Pelekat

Antara persembahan yang lucu dan kreatif...ada hantu lagi...- Aci, Aci Buka Pintu

Majlis Penutup Perkhemahan Perdana..Kem Komandan , Cikgu Nazrol

Majlis Penutup Perkhemahan

Ngantuknya dia.............zzzzzzzzzzz....

Lihatlah ke'henseman'ku sewaktu tidur....!

Penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya.- Peserta Lelaki Terbaik - Mohamad Afiq

Kenang-kenangan Peserta Perkhemahan Perdana 2012 di akhir program.

No comments: