Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, October 15, 2012

SKTD Berduka....- Pertukaran Guru Besar

Sebagaimana basahnya bumi ditimpa hujan pagi Isnin nan damai 15 Oktober 2012, begitulah 'basah'nya hati warga SKTD atas berita pertukaran Guru Besar, Puan Rafiah Abd. Razak ke SK Sungai Rokam. Debaran hati murid-murid untuk menjalani Peperiksaan Akhir Tahun /PKSR2 disulami dengan rasa sayu kerana akan kehilangan Guru Besar yang amat banyak jasa dan keringatnya tumpah di bumi SKTD bagi memastikan warga-warganya mengecap nikmat terindah dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

Kami semua di SKTD mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bertukar kepada Puan Hajah Rafiah ke SK Sungai Rokam. Semoga beliau dapat memberikan khidmat cemerlang beliau di sana pula. Warga SKTD terpaksa akur akan pusingan waktu. Yang datang akan pergi bila tiba masanya. Jasa beliau di SKTD akan tetap kami semua ingati, budinya akan disemai dan baktinya akan dituai selagi masa berdetik dan bumi berputar. Hanya TERIMA KASIH yang dapat kami semua ucapkan kepada Puan Hajah Rafiah atas sumbangan jasa beliau yang tidak terhitung di bumi SKTD ini.

Dengan beliau kami bangkit, 
dengan beliau kami bangun berjuang, 
dengan beliau kami menghitung kejayaan 
dan kami akan terus menyuburkan pesanan 
dan ingatan beliau kepada kami 
agar menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Cikgu, 
kami tidak jumpa lagi perkataan yang sesuai untuk diucapkan, 
hanya....
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA........
TERIMA KASIH CIKGU!!!


~ Inilah Guru Besar Kami...Puan Hajah Rafiah yang...................


berwibawa





berwawasan

prihatin

mengambil berat


bertanggungjawab

sentiasa bekerjasama

penyayang

pendidik hebat
berdedikasi

berkaliber

sentiasa berusaha

aktif

bertenaga

sentiasa memberi perhatian

ikhlas

bermotivasi

berpandangan jauh
 Selamat bertukar CIKGU...

No comments: