Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, May 10, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 6/2013

Dibacakan oleh - Nur 'Alyaa' Adriana bt Mohd Azuar  (5 Berlian)




Tajuk - 
Masalah Hidu Gam

Apakah maksud gam yang dihidu?

Gam ini mempunyai pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksik yang boleh mengganggu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Kesan lain pada fungsi otak:

·       Menjadi nyanyuk
·       Hilang ingatan
·       Psikotik atau gila
·       Hilang upaya deria
·       Kelumpuhan pada bahagian badan tertentu

Apabila seseorang menghidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing kerana ia bukannya dadah.

Ini menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya.

Malah orang yang ketagihan hidu gam sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar dan asapnya disedut.





No comments: