Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, March 9, 2009

MINGGU PROGRAM PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH


















Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan sempena Minggu Program Pencegahan Dadah(PPDa) adalah seperti berikut:

1. Perasmian Minggu PPDa oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru B
esar SKTD, diikuti dengan sesi Info 5 Minit Anti Dadah, sayembara puisi yang menginsafkan tentang bahaya dadah dan diakhiri dengan Ikrar Anti Dadah oleh seluruh warga SKTD.
2. Kuiz Anti Dadah dan sesi Info 5 Minit Anti Dadah dijalankan pada waktu perhimpunan sepanjang tempoh Minggu PPDa.

3. Galakan melawat ke Bilik Sumber PPDa untuk mendapatkan maklumat berkaitan dadah serta pelbagai maklumat lain yang berkait dengan pelajaran mereka. Begitu juga sesi P&P ada juga dijalankan di bilik tersebut.
4. Ceramah Anti Dadah oleh En. Faizal dari Pusat Khidmat Komuniti Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Jalan Padang Polo, Ipoh. Ceramah disampaikan untuk semua warga SKTD menerima sambutan baik.

5. Pameran Anti Dadah oleh pihak AADK pada hari yang sama ceramah di adakan.







6. Sayembara Puisi Tahap 2 juga di adakan untuk memeriahkan Minggu PPDa.










7. Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 turut diadakan dan disertai oleh semua murid SKTD.

Kesemua aktiviti berjalan dengan sempurna dan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh semua guru dan murid. Sokongan pihak pengurusan amat membantu menjayakan Minggu PPDa yang diadakan. Begitu juga pihak AADK Perak yang membantu menjayakan program ini.

No comments: