Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, March 29, 2009

WAJAH BARU BILIK SUMBER PPDa 2009

Pada musim cuti bulan Mac, sebilangan guru termasuk pihak pengurusan, terutamanya, Pn. Hjh. Kamariah Bt. Muhamad, Guru Besar SKTD, telah datang bergotong-royong untuk melengkapkan dan menceriakan Bilik Sumber PPDa. Akhirnya, segala penat lelah warga SKTD telah membuahkan hasil. Konsep 2009 ialah penyampaian maklumat mengenai bahaya dadah dan cara mengatasinya serta lokasi ini turut dijadikan bilik P&P.

aKTIVITI GOTONG-ROYONG CuTI sEKolaH:


PK 1, En. Shamshul Bahari turut turun padang. Guru-guru bekerjasama dengan penuh ceria.

wAJAH bARU bILIK SuMBER PPDa:
Laluan Masuk ke Bilik SUmber PPDa: Tingkat 2, Blok A, SKTD.



Destinasi Pertama dan Kedua: Pengenalan dan SKTD Cemerlang.



Destinasi Ketiga : Seleksi Keluarga dan Bahaya Rokok. Destinasi Keempat: Pengetahuan Am dan Inhalan



Destinasi Kelima : Multimedia.
Destinasi Keenam: Hasil Kerja Murid.
Destinasi Ketujuh dan Kelapan : Aktiviti dan Program Murid serta Kemenjadian Murid.



Destinasi Kesembilan: Pelbagai Buku Rujukan Berkaitan Dadah dan Ruang HIV/AIDS serta Alkohol.
Destinasi Kesepuluh : Hasil Kraf Murid.



Destinasi Kesebelas : Undang-Undang dan Unit Mini Akses.
Destinasi Keduabelas: Carta Pelbagai Info Dadah.

Destinasi Akhir ialah Laluan Keluar.



sAMbUTAN dItERiMA Amat Baik



Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada setiap bulan bagi meningkatkan kesedaran murid serta masyarakat tentang bahaya dadah. Masyarakat sekitar boleh melawat Bilik Sumber PPDa Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan setiap dua bulan sekali pada hari sabtu minggu keempat bermula bulan Februari 2009. Iaitu bulan Februari, April, Jun, Ogos dan Oktober. Masadibuka pada 9.30 pagi- 11.30 pagi.

No comments: