Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, March 15, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PPDa PERINGKAT SEKOLAH




Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Shamshul Bahari B. Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran. Sambutan diterima amat baik, ramai murid mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena Minggu PPDa.
Penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Mac 2009, waktu perhimpunan pagi. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Mereka yang tidak berjaya boleh mencuba lagi pada pertandingan-pertandingan yang akan diadakan lagi sepanjang tahun 2009 di bawah kelolaan Bilik Sumber PPDa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK).

Antara keputusan pertandingan adalah seperti berikut:


1. sAYEMBARA pUISI : tEMPAT 1, Adik Noratifah Bt. Zulkifle. Kedua, Adik Nor Mohd. Rifqie. Ketiga, Adik Shazlin Shafiqah.

2. kUIZ aNTI-dADAH : Tahap 1 :temPAT 1, Adik Ikhmal Alif. Kedua, AdikMuhd. Uzair Shukri. Ketiga, Adik Najwan Osman. Tahap 2 : temPAT 1, Adik Nur Antasya Mohd. Zaini. Kedua, Adik Lee Kar Leng. Ketiga, Adik Muhd. Ikram.

3. peRADUAn MeWarna Tahap 1: Tahun 1, Adik Aisyah Syakirah Bt. Azhar dan Adik Asiyah Mariyah. Tahun 2, Nur Saiyidah Najwa Bt. Zamri dan Adik Nurul Husna Bt. Mohd. Ghazali. Tahun 3, Sathees a/l Balachandran dan Nurhana Najwa Bt. Che Nasaruddin.

4. PeRADuan MelUKIS POsteR Tahap 2: Tahun 4, Adik Lim Kah Wei dan Nursyahidatul Raihanah. Tahun 5, Adik Widad Hani dan Nurul Haziqah. Tahun 6, Lee Kar Leng dan Nur Atifah Bt. Zulkifle.

Kesempatan ini diucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKTD, terutamanya barisan Jawatankuasa Kerja Minggu PPDa yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan segala aktiviti berjalan lancar. Teristimewa kepada Cikgu NorHuda yang merupakan orang kuat Bilik Sumber PPDa. Tahniah sekali lagi kepada para pemenang.


No comments: