Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, September 6, 2009

MENANGIS DI PAGI SYAWAL...

:( Terbuka hati pada dinihari membawa secebis kisah menyayat hati seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dibunuh oleh bapa saudara yang tidak berperikemanusiaan. Kisah ini disiarkan pada 2 September 2009 di Berita Harian. Kejadian berlaku di Gua Musang, Kelantan ketika seluruh umat Islam mengerjakan ibadat puasa yang penuh berkah ini.
:( Tersentuh hati kecil melihat wajah anak kecil yang baru mengenal dunia. Kanak-kanak malang ini dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri. Ini semua akibat terjerumus dengan najis dadah.
:( Apakah puncanya, seorang bapa saudara yang sanggup mengambil nyawa darah dagingnya sendiri? Ketika segala iblis dan syaitan telah dirantai, semua pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, bulan yang penuh keampunan dan segala pahala dilipat gandakan dalam bulan ini.

:( Terkilan rasanya melihat nasib anak ini, apatah lagi persiapan baju raya telah disediakan oleh pihak keluarga. Penagih tegar yang membunuh mangsa baru berusia 22 tahun dan merupakan seorang penganggur. Ketika kejadian pembunuhan berlaku di depan nenek saudara mangsa, pembunuh tersebut disyaki baru sahaja mengambil dadah.
:( Celakalah manusia yang tidak berhati perut yang sanggup membunuh anak kecil ini. Ini juga menunjukkan pembunuh ini bukan sahaja membunuh malah tidak berpuasa. Maka, nafsu manusia yang dikuasai dadah ini telah menguasai diri hingga buta hati dan akalnya. Nauzubillah.
:( Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan semoga ditempatkan di kalangan yang mendapat keredhaan Allah jua. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Adam Azrai Rosman. Diharapkan pembunuh yang juga merupakan bapa saudara mangsa dikenakan hukuman seberat-beratnya mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu hukuman mati, jika sabit kesalahan.

NOTA: BERITA LANJUT DI LAMAN WEB:
http://www.adk.gov.my/berita/berita020909/berita4.pdf

No comments: