Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA PUASA

Assalamualaikum wbr...
Pada hari raya kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua warga SKTD dan para pembaca blog ini, jika ada silap dan salah perkataan atau perbuatan, harap diampunkan.
Teristimewa buat Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SK Tasek Dermawan dan warga pengurusan amnya.

SK Tasek Dermawan telah mula bercuti pada 18 September, hari Jumaat sehingga 27 September. Diharapkan semua warga SKTD dan pembaca blog yang dihormati dapat merayakan hari raya dengan penuh kesyukuran dan pulang semula ke sekolah dengan selamat sejahtera.


Para ibu bapa yang membawa anak-anak pulang ke kampung
dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati. Apa yang penting, keselamatan diri dan tanggungan di bawah kita haruslah diambil kira supaya tidak menyesal kemudian hari. Begitu juga pesanan ini ditujukan kepada warga pendidik khasnya, guru-guru SKTD.

Diucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, terutama YAB Menteri Pelajaran yang memberi cuti khas/awal bagi memudahkan perjalanan balik kampung anak-anak murid untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan supaya lebih selamat tiba ke destinasi. Sesuai dengan seruan kerajaan "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan".


Wassalam wbr.

No comments: