Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, September 17, 2009

PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2009



Pada 16 September 2009, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak, telah diadakan
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2009.



Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli dan seterusnya nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua warga SKTD. Seterusnya ucapan perasmian penutup Bulan Kemerdekaan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD. Upacara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Antaranya ialah, Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi Sajak, Hiasan Kemerdekaan Kelas dan sebagainya. Hadiah disampaikan oleh Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohammad dan Cikgu Samshul Bahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran.





Majlis berakhir dengan perasmian Laman Merdeka yang terletak bersebelahan kantin sekolah yang bertemakan pokok bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Perasmian Laman Merdeka dibuat dengan menanam pokok bunga raya dan memasang papan tanda Laman Merdeka oleh Guru Besar SKTD.


Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTD yang terlibat dalam program ini.

No comments: