Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, February 19, 2010

INFO 5 MINIT 2010 (SIRI 1): FENOMENA PENAGIHAN DADAH DI MALAYSIA

Pada 2 Februari 2010, bersamaan hari Rabu merupakan sesi Info 5 Minit PPDa pada waktu perhimpunankali pertama bagi tahun 2010. Info 5 Minit akan diadakan setiap minggu pada hari Rabu.

Info 5 Minit pada tarikh tersebut bertajuk
Sejarah Penggunaan Dadah Di Malaysia. Pengawas yang bertugas pada hari itu ialah Adik Azzarul Idham Ibtisyam Bin Badrul Hisham, 5 Berlian. Antara isi-isi yang disampaikan ialah fenomena penagihan dadah di Malaysia telah ada sejak awal abad ke 19 di sektor perlombongan dan perladangan.

Buruh cina ketika itu telah membawa bersama tabiat menghisap candu kerana ianya mudah diperolehi, dipercayai menghilangkan rasa sakit dan dikatakan mempunyai khasiat, kesunyian tiada keluarga, mempunyai wang membeli candu dan mengisi masa lapang.

Selepas itu, Konvensyen Shanghai menyebabkan Kerajaan British ketika itu menjual candu. 1952, Ordinan Dadah Berbahaya mengharamkan candu. Akhir 1960 an,penyalahgunaan dadah menular kepada golongan muda semua kaum, pelbagai jenis dadah muncul termasuk dadah sintetik(tiruan) dan cara penggunaannya lebih berbahaya.

Golongan muda BELASAN TAHUN merupakan sebahagian besar penagih dadah heroin dan morfin. Selain itu, penyalahgunaan ganja, bahan psikotropik seperti pil methaqualone, amfetamin, barbiturate dan lain-lain lagi. Era 1960 an juga meledaknya budaya 'hippy' yang merancakkan lagi penyalahgunaan dadah yang semakin bertambah bahaya.

.

No comments: