Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, February 20, 2010

HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2010 (HADAK)

 'banner' diambil dari http://www.adk.gov.my/.
Bertarikh 19 Februari, hari Jumaat merupakan Hari Antidadah Kebangsaan (HADAK). HADAK pada tahun ini disambut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Sambutan bermula 18 Februari sehingga 20 Februari.

Sempena HADAK yang jatuh pada hari Jumaat, khutbah Jumaat yang disampaikan di Masjid Jamek
Al-Amin, Tambun Ipoh, Perak menyentuh tentang penagihan dadah yang merupakan sesuatu yang dilarang dalam Islam. Penagihan dadah adalah berdosa sama seperti dosa meminum arak dan memakan daging anjing dan babi.

Begitu juga kepada semua yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti pembuat,pengedar,penagih termasuk penyokong adalah termasuk golongan yang melakukan dosa besar. Khutbah Jumaat juga menyentuh tentang tanggungjawab individu terutamanya, ketua keluarga yang perlu menjalankan tanggungjawab membimbing keluarga dalam aspek keagamaan dan menghindari ahli keluarga daripada terlibat perkara yang merosakkan iman dan moral seperti penagihan dadah.

Selain itu, isi khutbah juga menyentuh tentang peranan kerajaan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)dalam pencegahan dadah, pembasmian dan juga pemulihan para penagih dadah. Seterusnya pengkhutbah mengajak masyarakat bersama-sama membantu kerajaan dengan menjauhi dadah sehingga terhapusnya penyalahgunaan dadah di bumi bertuah ini.

NOTA; Bagi mereka yang mempunyai facebook boleh menjadi Rakan Antidadah.

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter