Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, February 20, 2010

INFO 5 MINIT( SIRI 2): VISI DAN MISI PPDa

Pada hari Rabu, 10 Februari seperti biasa Info 5 Minit kali ini disampaikan oleh Adik Shahirah Umairah Bt. Baharul Fuaidi, 5 Delima bertajuk Visi dan Misi
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

Info yang disampaikan menyentuh tentang kandungan visi dan misi PPDa, iaitu:


VISI PPDa
 Menjadikan unit PPDa SKTD sebagai sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.
 MISI PPDa
Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah.

Diharapkan warga SKTD akan bersama-sama merealisasikan visi dan misi yang selari dengan hasrat kerajaan. 


No comments: