Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, March 4, 2010

INFO 5 MINIT (SIRI 3:) DADAH DAN CIRI-CIRINYA

INFO 5 MINIT pada minggu ini bertajuk Dadah dan Ciri-cirinya. Pada amnya dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat(Otak dan saraf tunjang);
b. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
c. Diperoleh secara haram;
d. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;dan
e. Mendatangkan kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

JENIS-JENIS DADAH.

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

a. Opiat dan Opiat Sintetik.
b. Stimulan.
c. Ganja.
d. Halusinogen.
e. Depresen.
f. Ubat-ubatan dan bahan-bahan disalahguna.

No comments: