Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, April 10, 2010

INFO 5 MINIT(SIRI 4):JENIS-JENIS DADAH-OPIAT DAN OPIAT SINTETIK

INFO 5 MINIT pada kali ini menekankan jenis dadah yang pertama iaitu; OPIAT dikeluarkan daripada getah tumbuhan pokok popi, dikeringkan, diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu, candu, morfin dan heroin.

CANDU.
Merupakan sejenis narkotik yang berfungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.
Getah buah popi yang berwarna putih bertukar kepada coklat kehitaman. Ia berbau kuat, elastik apabila segar dan keras jika terdedah kepada udara.
   Cara menggunakannya dengan menghisap melalui paip atau cara 'chasing the dragon'.  Bahasa pasar bagi candu iaitu 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar.

MORFIN.
Merupakan sejenis alkaloid yang diproses daripada candu mentah. Di pasaran gelap, dikenali sebagai candu mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Cara penggunaan, menelan dan menyntik. Nama jalanan, 'M', 'White Powder', 'Monkey', 'Morpho'.

HEROIN.
Dadah jalanan paling kerap disalahgunakan. Bentuk tulennya adalah serbuk putih pahit. Berkali ganda kekuatan daripada morfin. Penyalahgunaannya dengan menyuntik, menghidu,  dan menghisap. Nama lain ialah, 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang, 'Penang Pink'.

KODEIN.
Bahan alkaloid wujud semulajadi dalam candu. Kodein dalam pasaran dihasilkan daripada morfin. Dalam perubatan digunakan melegakan kesakitan sederhana dan ubat batuk. Gunaknnya dengan menyuntik dan menelan.

OPIAT SINTETIK.
Meliputi bahan seperti 'methadone', 'pethidine', 'dipipanone' dan 'dextropropoxyphene'. Sifat serupa dengan opiat dan digunakan dalam perubatan melegakan kesakitan. "Methadone' digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.


SEMOGA kita semua menjauhi dadah. Tak ada gunanya!

SUMBER:Thinker's Library/AADK






No comments: