Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, May 7, 2010

PENGUMUMAN MINGGU PPDa dan KESIHATAN 2010

MINGGU PPDa DENGAN TEMA KEANGSAAN, 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH turut dijalankan bersama MINGGU KESIHATAN pada tahun ini akan diadakan bermula 18 Mei 2010 sehingga 24 Mei 2010. Tema peringkat sekolah pula ialah 'K' Komuniti Benteng Dadah Durjana dengan aspirasi eksplorasi ilmu pengetahuan, seseorang individu akan dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah dan juga melakukan sesuatu yang salah daripada segi sahsiah dan undang-undang.
Mesyuarat Kerja PPDa yang dijalankan pada hari Isnin, 26 April 2010, tertumpu kepada aktiviti yang dirangka pada Minggu PPDa dan jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut:

                                                                                                                          *Gambar hiasan

PERKARA
TINDAKAN
1  Minggu PPDa akan dijalankan pada 18 Mei 2010 sehingga 24 Mei 2010. Pelancaran pada Hari Selasa 18 Mei 2010.
- Pn. Norhuda dan Cik Wan Asneza (Teks dan Buku Aturcara).
- En. Faizal (Taklimat)
- Semua
2.  Setiap guru kelas diharapkan menyediakan Sudut PPDa bagi Pertandingan Sudut PPDa Tahap 1 dan 2.
-Ustaz Kamal Ismady(Ketua Juri) dibantu juri( bukan guru kelas)
-  Guru Kelas.
3. Pertandingan ’Tunjuk Bakat Anda” akan diadakan pada 19 Mei 2010, hari Rabu pukul 3.00-5.00 petang- Waktu Gerko. Diharapkan guru penasihat memaklumkan kepada ahli persatuan/kelab. Setiap borang bernilai RM2
-En. Basri Abdullah
-Guru Penasihat
-Ahli persatuan/kelab
4. Senamrobik akan diadakan pada 18 Mei 2010, hari Selasa selepas perasmian pelancaran dan Info 5 Minit. Murid-murid dikehendakki memakai baju PJ.
-Pn. Izza
-Semua
5. Sudut Ucapan Awam akan diadakan di Kantin sewaktu Rehat Tahap 1 dan 2 sepanjang Minggu PPDa.
-Ketua Panitia BM dan BI
6. Info 5 Minit diadakan pada perhimpunan pagi sepanjang Minggu PPDa.
-En. Ahmad Faizal
- Guru Bertugas
7. Kuiz Anti Dadah. Satu borang kuiz RM0.10 boleh didapati di kiosk UBK/PPDa
- En. Ahmad Faizal.
- Semua murid
8. Pertandingan Melukis(Tahap 2) dan Pertandingan Mewarna (Tahap 1) diadakan pada masa PSV pada Minggu PPDa
- Ketua Panitia PSV
9. Perpustakaan Bergerak daripada Perpustakaan Awam Negeri Perak pada hari Rabu
- Pn. Norashizah.
10. Pameran Anti Dadah daripada AADK/Jenayah Berat IPK pada hari Khamis
- Pn. Norhuda
- Guru Bertugas
11. Ceramah 40 Minit pada hari Jumaat bermula pukul 8.00 pagi
- Pn. Noriaton
- Guru Bertugas
12. Penyampaian hadiah akan dadakan pada 24 Mei 2010.
- Pn. Norhuda
-Pn. Rafidah Bt. Che Saad
-Cik Norzimatul Husna Bt. Abd. Ghani

13. Laporan peristiwa sepanjang Minggu PPDa.
- Pn. Najah (Laman Web)
- En. Faizal (Laman Blog)
14. Laporan dan dokumentasi Minggu PPDa.
- Pn. Norhuda/ Cik Wan Asneeza.
- Ustaz Ikhmal (Jurufoto)

15.  Mempromosikan aktiviti Minggu PPDa.
-Perhimpunan pagi/Media Massa dan Cetak/  Laman Web PPD/JPN
- En. Mat Zainal (Promosi)

16. Penyediaan PA System
- En. Meor Zulkarnaen/ En. Dzulkifly/ En. Hasrunnaim
Diharapkan aktiviti yang dirangka akan memberikan pendedahan kepada warga SKTD tentang penyalahgunaan dadah, bahaya rokok, penagihan Inhalan, HIV/AIDS dan kesan ketagihan arak/alkohol. Semoga aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.

*Gambar hiasan

No comments: