Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, May 31, 2010

SELAMAT BERSARA WAHAI BONDAKU...

Assalamualaikum wbr.

Terpanggil untuk saya menyampaikan ucapan kepada insan yang cukup istimewa bagi saya di SKTD. Beliau bukan sahaja merupakan tenaga penyokong kuat merealisasikan Bilik Sumber PPDa SKTD (pioneer). Malah merupakan tenaga penggerak utama yang  berusaha menjadikan Bilik Sumber PPDa bertaraf kebangsaan. Beliau ialah Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD yang kelima.

   Masih teringat pada pertemuan saya yang pertama disambut di pagar sekolah untuk melaporkan diri di SKTD pada penghujung bulan Disember 2008. Tidak disangka rupa-rupanya Guru Besar SKTD, yang pada ketika itu sedang meronda sekeliling sekolah. Pada fikiran saya, beliau ketika itu sedang menghala ke kebun sekolah. Agak mengejut sekali bila beliau sampai di pejabat menperkenalkan diri sebagai guru besar sekolah.

   Begitu juga kali pertama melalui Bilik Sumber PPDa untuk ke kelas 5 Zamrud, saya fikirkan stor PPD Kinta(U). Hinggalah pada suatu masa dalam bulan Februari, saya ditugaskan menyelaras Bilik Sumber PPDa, barulah kenal segalanya.

  Sepanjang menyertai Pertandingan Bilik Sumber PPDa hingga ke peringkat kebangsaan, Beliau telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi membantu guru bukan sahaja memberikan nasihat, panduan dan arahan, malah menyinsing lengan melakukan kerja. Bagi saya agak jarang untuk melihat guru besar yang sebegitu. Antara 'kehebatan' yang mengejutkan saya ialah memanjat dan menanggalkan sendiri papan kenyataan 'mobile' bagi tujuan pembesaran Bilik Sumber PPDa.

   Antara lain, sikap yang pada fikiran saya ialah mudah menerima segala pandangan dan memberikan kebebasan untuk 'berkarya' bagi memantapkan Bilik Sumber PPDa hingga berjaya mendapat Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan 2009. Agak jarang juga saya melihat guru besar yang mudah memahami sikap individu yang agak sinikal seperti saya yang akan bertanya dan melontar pandangan yang agak berbeza, selagi keputusan muktamad tidak ditetapkan.Ini juga menunjukkan beliau seorang guru besar yang amat berpengalaman luas dalam pentadbiran dan juga dalam aspek P&P.

   Persaraan guru besar Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad merupakan suatu kehilangan yang dirasai oleh seluruh warga SKTD. Bagi Unit PPDa SKTD mengucapkan "Selamat Bersara Wahai Bondaku". Oleh itu, blog ini akan membuat sorotan khas Majlis Persaraan Guru Besar beberapa siri sebagai penghargaan atas sumbangan beliau yang merupakan 'tulang belakang' kejayaan yang diraih oleh Bilik Sumber PPDa.

Sekian, terima kasih.

No comments: