Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, February 15, 2011

Fakta Bahaya Merokok


( Petikan daripada Majalah Mastika Disember 2010 )

  • Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok. Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.
  • Percaya atau tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25 peratus.
  • Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 bilion setahun kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas.
  • Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini lambat-laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
  • Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok.
  • Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari di rumah maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda. Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal.
  • Bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit asma.
  • Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang. Perokok tegar juga boleh terdedah kepada mati pucuk bagi lelaki.

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter