Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011/1432H

Warga SKTD telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 18 Feb 2011. Majlis dimulakan dengan program bacaan yasin bulanan di Dewan Seri Dermawan. Pada pukul 8.30 pagi murid-murid bergerak ke dataran perhimpunan untuk beratur mengikut kelas. Perarakan sempena sambutan ini dimulakan oleh kumpulan kompang sekolah yang bergerak dengan gagah sambil memalu kompang dengan penuh semangat melagukan selawat ke atas nabi junjungan Rasulullah s.a.w.








Jika diperhatikan, sebenarnya tarikh pada gambar telah silap di set iaitu 17hb, tarikh yang tepat ialah 18hb. Maaf kepada semua warga SKTD atas kesilapan teknik!!!
 

Laluan perarakan adalah di laluan lama iaitu murid-murid akan berarak sehingga ke hadapan SMK Bercham dan pusing semula melalui jalan yang sama untuk balik ke perkarangan sekolah. Bagi murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah yang turut menyertai perarakan buat kali pertama, tergambar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan ini. Tujuan program adalah untuk menerapkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, junjungan mulia kita.

Selepas perarakan, program diteruskan dengan persembahan murid iaitu mendeklamasikan puisi oleh adik Aisyatun Nadhirah daripada tahun 5. Seterusnya disambung pula dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Cik Fazilah Haini bt Ab Ghani, Guru Agama SKTD yang disulami dengan soalan-soalan kuiz dan nyanyian nasyid beramai-ramai. Kemudian penyampaian hadiah pula telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Shamshulbahri b. Ghazali bagi menghargai pasukan-pasukan perarakan yang mempamerkan kesungguhan dan kerjasama dalam perarakan dan bersemangat berselawat ke atas nabi. Juara ditentukan mengikut kelas tahun 1 - 6. Antara kelas yang telah berjaya ialah Tahun 1 Zamrud, 2 Zamrud, 3 Delima, 4 Intan, 5 Delima dan 6 Nilam. Tahniah diucapkan!









No comments: