Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, February 25, 2011

kriket dan skuasy

Pada 18 dan 19 Februari 2011, pasukan Kriket SKTD telah menyertai Pertandingan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Kinta Utara dan telah mengungguli tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SKTD. Penganugerahan peringkat sekolah telah dilaksanakan pada hari Isnin 21 Februari 2011 sewaktu perhimpunan pagi.

Di samping itu, seorang murid Tahun 2 Zamrud telah menyertai Pertandingan Skuasy Bawah 12 Tahun dan turut memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada adik Sikirthi A/P Chandran dan kedua ibu bapanya yang bertungkus-lumus memastikan adik Sikirthi mendapat latihan yang cukup dan membuahkan hasil. SKTD berbangga dengan anda. Guru Besar, Puan Hajah Rafiah menunjukkan penghargaan beliau kepada adik Sikirthi yang telah mengharumkan nama sekolah semasa menyampaikan penganugerahan dalam perhimpunan pagi Isnin 21 Februari yang lalu.
 


















No comments: