Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, March 17, 2011

"Jangan Jadi Seperti Abah!"


Sumber - Mastika
   Sudah berbulan lelaki ini terbatuk-batuk. Batuknya tidak mengira siang atau malam. Sudah puas dia berubat tapi tidak juga sembuh. Kalau dulu, batuknya dua atau tiga hari. Tapi kini sudah dua bulan tanpa henti. Nafasnya kini berbau amat busuk, lebih busuk dari bangkai.
   Dia melihat giginya. Gigi pula kuning dan berkarat. Dia menganga mulutnya.
   Ah, gusinya amat hitam dan berkarat. Dia menjilat bibirnya. Ah, bibirnya merekah bagai terbakar. Tangannya terketar-ketar. Dia melihat beberapa batang jarinya sudah hitam akibat gangren.
   Dia memandang ke arah jari kakinya juga dijangkiti gangren, hitam dan berbau busuk. Setiap hari dia berulang-alik ke hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mendapat kanser paru-paru. Sebab itulah nafasnya berbau busuk seperti bangkai dan dia asyik batuk berpanjangan.
   Doktor mengesahkan paru-parunya sudah rosak teruk. Salah saru paru-parunya perlu dibuang. Kuman kanser sudah merebak. Dia termenung.
   Doktor tidak ada pilihan. Paru-paru sebelah kirinya perlu dibuang. Selepas itu beberapa batang jarinya yang sudah kehitaman terpaksa dipotong.
   Jika tidak kuman akan merebak ke seluruh anggota badannya. Selepas jari tangan, beberapa batang jari kaki pula terpaksa dipotong. Kalau tidak dipotong kuman akan merebak. Nyawanya bahaya.
   Akhirnya, selepas dibedah dibuang sebelah paru-paru, dipotong jari-jari tangan dan jari kaki, nyawanya masih mampu bertahan. Batuk-batuknya sudah mula berkurangan. Tapi dia mendapat khabar buruk. Jantungnya pula tersumbat.
   Ah, lelaki itu tidak ada pilihan. Akhirnya  dia terpaksa menjalani pembedahan jantung pula. Selepas keluar dari hospital lelaki itu disorong dengan kerusi roda.
   Dia menangis. Selama ini dia menyangka segala penyakit yang dihidapinya sekarang hanya akan berlaku kepada orang lain. Bukan si perokok sepertinya. Sambil disorong kerusi roda oleh si anak, lelaki ini berpesan.
   "Jangan jadi macam abah! Tengok apa dah jadi pada abah!" beritahu si ayah. Si anak mengangguk sambil mengesat air mata ayahnya - Mastika 

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter