Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, March 7, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SKTD

Selain Perkhemahan Lans Kopral TKRS yang diadakan pada 4 dan 5 Mac, satu Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SKTD turut diadakan pada 5 Mac bertempat di Dewan Terbuka Seri Dermawan. Semua pemimpin kecil SKTD telah mendaftarkan diri bermula jam 7.30 pagi lagi. Program ini dimulakan dengan slot yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTD yang sangat berwibawa iaitu Puan Norhuda bt Othman Zailu. 

Seterusnya murid mengikuti slot ceramah oleh Encik Arzuang bin Mamat, Ketua Guru Disiplin SK Pengkalan yang telah menyampaikan tajuk ceramah "Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik".  Ceramah beliau sangat menarik yang mana telah diselang-selikan dengan tayangan video yang menginsafkan murid-murid tentang peranan mereka sebagai pemimpin atau khalifah kecil di muka bumi ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Arzuang bin Mamat.
 Kertas risalah berpuluh-puluh,
   dari kota bawa ke kampung,
Jasa tuan banyak sungguh,
   hingga kami tidak terhitung.
Penolong Kanan Kokurikulum, Miss Lee Yuat Yoong telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau seusai program.

Slot selepas itu pula diisi dengan ceramah yang penuh warna-warni dan menghiburkan oleh Encik Mohd Faizal b. Ramli dari SK Seri Ampang. Beliau juga ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dapat menambat hati para pemimpin kecil SKTD dengan ceramah beliau yang bertajuk "Peranan Pemimpin Kecil di Sekolah". Terima kasih kepada beliau kerana telah dapat menaikkan semangat dan ketrampilan para pemimpin kecil di SKTD.
Untuk slot ini, guru besar SKTD Pn Hajah Rafiah bt Abd.Razak telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada  Encik Mohd Faizal b. Ramli.
Enak sungguh si ikan kelah,
   makan pula berulam kubis,
Bukan salah mengatur langkah,
   tapi tanda slot dah habis.

Selesai makan tengah hari dan solat zuhur, semua pemimpin kecil telah mengikuti bengkel dan pembentangan LDK yang dikendalikan oleh para fasilitator SKTD. Terima kasih kepada semua fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini. Kursus ini telah berakhir pada jam 5.30 petang selepas penilaian dan majlis penutupan.


Gambar-gambar sekitar program



...aku tak mau bola ni..beracun wo...




hei..siapa kau?...aku King.....King apa?.....King Kong...(jangan marah ek..lawak je..)





Penceramah Encik Arzuang bin Mamat (SK Pengkalan)




















para pemimipin kecil menikmati makan tengahari










Penceramah Slot 2 Encik Mohd Faizal b. Ramli bersama Ketua Pengawas PPDa, adik Zulaikha.














hobi saya ialah membaca..........hu...uuuu....wuuuu......apsal lak diorang sedih ni!!????









(diorang bersorak la....bangganya aku!!!)






barisan pemimpin kecil  yang melepasi ujian 'ketahanan mental' oleh penceramah.....tahniah!!!!!













Guru besar sempat meluangkan masa untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah.



Semua pemimpin kecil juga turut mengikuti bengkel LDK pada slot waktu petang yang berakhir pada jam 5.30 petang. Bengkel telah diselenggarakan dengan kerjasama fasilitator. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

No comments: