Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, May 31, 2011

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang jatuh pada 31 Mei, satu laman sesawang berhenti merokok telah diperkenalkan oleh syarikat farmaseutikal terkenal, Pfizer bertujuan membantu individu yang ingin berhenti merokok.

Jika anda telah mula berfikir (harap-harap begitulah), apa faedahnya merokok sekadar menyedut asap semata-mata - bukan sahaja tidak mengenyangkan tetapi boleh diibaratkan seperti 'membakar' duit. Masih ramai yang menganggap merokok mampu melegakan tekanan dan bagi lelaki menampakkan diri lebih 'jantan' dan bergaya. Sesetengah perokok wanita pula mendakwa merokok membantu mereka menguruskan badan.

Namun hakikatnya, mereka masih tidak mahu mengakui bahawa perbuatan merokok ini mengundang pelbagai penyakit berbahaya bukan saja pada diri sendiri malah orang kelilingnya. (maklumat lanjut di Utusan Malaysia 31 Mei 2011) Di samping itu, mereka ini harus diingatkan (maaf!!) bahawa merokok menyebabkan diri mereka sendiri rosak, menyebabkan bau badan dan bau pernafasan yang 'tidak sedap' dihidu oleh orang sekeliling. Itulah yang paling ketara nampaknya jika tidak mahu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi di dalam tubuh badan seorang perokok.

Jadi, sempena cuti sekolah ini, sementelah anda dikelilingi anak-anak dan 'orang rumah', elok benarlah memulakan langkah pertama. Layarilah laman sesawang ini agar anda dapat mendapat sinar baharu di hujung sana, bukannya sinar di hujung rokok....! Alamat laman sesawang tersebut ialah www.champscircle.com. Selamat datang ke 'dunia' baharu!!.


Dr. Abdul Razak Mutalib (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat lain mematahkan replika rokok simbolik kepada pelancaran www.champscircle.com sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2011 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Untuk pengetahuan umum, PPDa juga telah melakukan simbolik yang sama (mematahkan replika rokok) semasa pelancaran Minggu PPDa pada 4 April yang lalu. Nampaknya, PPDa juga berharap untuk berjaya dalam menerapkan satu sikap Tak Nak Merokok kepada murid-murid dan warga SKTD, malahan pihak PPDa berasa bangga dengan simbolik yang kebetulan serupa ini. Wahai warga SKTD, mari kita melalui Hari Tanpa Tembakau Sedunia dengan satu perubahan dalam hidup kita......

No comments: