Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan - Hari Untuk Cikgu

Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, adalah hari untuk anak-anak kita mengenang kembali jasa dan keringat guru-guru yang telah mendidik mereka. Tidak ada hadiah yang diharapkan sebenarnya, cuma guru-guru amat berharap agar pada hari yang bersejarah ini, anak-anak murid sekalian kembali melihat kepada niat sebenar kalian datang ke sekolah.

Ya, untuk menimba ilmu dan berjaya. Kami, guru-guru SKTD mendoakan kalian akan menghargai kami dengan menghadiahkan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Terima kasih anak-anak SKTD sekalian, teruskan perjuangan kalian bermula hari ini, hari guru, hari untuk kami...

Puisi Seorang Cikgu

Terima kasih anak didikku
pagi ini kau datang menemuiku
dengan senyum dan sekotak
hadiah berwarna merah jambu
sempena Hari Guru

Terima kasih anak didikku
tidak lupa pada pesan dan
amanat cikgu
gembur dan bajailah pohon ilmu
biar merimbun menjadi
teduhanmu

Terima kasih anak didikku
tidak lupa pada pesan dan
amanat cikgu
mengawasi akhlak dan
tingkahlaku
dalam tinggi iltizam dan iman
yang syumul

Terima kasih anak didikku
pagi ini kau datang
menghampiriku
dengan senyum dan sekotak
hadiah berwarna biru
sempena Hari Guru.

sumber: Wan Marzuki Wan Ramli, Pasir Mas Kelantan (Mingguan Malaysia 15.05.11)

*************************************************************************
Atur cara sambutan dimulakan dengan bacaan yasin beramai-ramai dan bacaan doa. Kemudian semua warga SKTD berkumpul di Dewan Seri Dermawan untuk perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan Ketua Pengawas, adik Farawahida dari 6 Zamrud, bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Shamshulbahri b. Ghazali dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Guru Besar, Pn. Hajah Rafiah binti Abd. Razak.

Seterusnya Pn. Hajah Rafiah memberi sedikit ucapan sempena Hari Guru. Acara diserikan lagi dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara oleh guru-guru SKTD.

Sempena hari istimewa ini, acara sukaneka guru-guru turut diadakan dengan pertandingan basikal lambat yang dimenangi oleh Cikgu Md.Zainal bagi kategori guru lelaki dan Cikgu Puteri Nurul Atiqah bagi kategori guru perempuan, acara sepak takraw dimenangi oleh kumpulan Cikgu Naim, Cikgu Shamshulbahri dan Ustaz Ikhmal. Sementara itu acara lambungan sayang diungguli oleh pasangan Cikgu Rohanum dan Ustazah Akmal, tempat kedua ialah pasangan Cikgu Haslily dan Cikgu Asmawati.

Selain daripada itu, murid-murid SKTD telah menjalankan undian bagi memilih kategori guru yang mendapat anugerah khas Hari Guru iaitu kategori guru kemas dan sopan di menangi oleh Cikgu Meor Zulkernaen dan Cikgu Norhayati. Kategori guru prihatin pula disandang oleh Ustaz Ikhmal  dan Cikgu Asmawati. Kategori guru popular dimenangi oleh Cikgu Basri dan Ustazah Sharifah Nur Ain. Kelab Guru juga mengadakan undian guru pilihan dan kategori ini disandang oleh Pn. Hajah Rafiah.

Selepas rehat, acara disambung dengan bengkel mewarna yang dikendalikan oleh dua orang guru dari SK St.Michael dan SK Cator Avenue, Ipoh.

Lebih kurang pukul 12.50 tengahari, acara ditamatkan dengan penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara yang dijalankan sepanjang hari ini. Akhir sekali murid-murid melaungkan ucapan 'terima kasih cikgu', selamat Hari Guru' dan 'kami sayang cikgu, I love you'. murid-murid beredar pulang tepat jam 1.35 petang.

Gambar-gambar sekitar program Hari Guru 2011



ucapan guru besar sebelum bacaan yasin dimulakan







adik-adik prasekolah turut memeriahkan  sambutan

ucapan ketua pengawas

bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran 

bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia

lafaz ikrar

















pemenang pertandingan 'angkat kerusi'

pemenang pertandingan 'duduk atas kerusi'  ( kalau ada laaa...)

siapa paling lambat dia menang ye..

apasal roda ni tak mau pusing haa...aku dah overweight kot..

siapa yang buat Cikgu Zoraimi merajuk niiiii....



tak sempat duduk nak kira duit nihh......
undian murid - anugerah guru lelaki popular - Cikgu Basri

anugerah guru perempuan popular - Ustazah Ain


nyam....nyam....nyammm...


Terima kasih cikgu - Selamat Hari Guru!!!!!!!!!

No comments: