Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, July 18, 2011

Miss Lee Yuat Yoong- Hari terakhir di SKTD; Pembedahan dan Pertukaran...

Perhimpunan pagi Isnin 18 Julai dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan warga SKTD iaitu berita pertukaran PK KoKurikulum, Miss Lee Yuat Yoong ke SK Raja Perempuan Ipoh untuk menyandang jawatan PK Hal Ehwal Murid di sana.  Berita pertukaran ini diumumkan oleh Puan Hajah Rafiah bt Abd. Razak, Guru Besar SKTD dalam ucapan beliau dan disambut dengan suasana pilu murid-murid SKTD yang amat menyayangi beliau. Beliau adalah seorang Penolong Kanan yang baik hati dan bertolak ansur dalam setiap perkara.

Miss Lee diganti oleh PK KoKurikulum yang baru iaitu Puan Miskiah bt Rais, guru dari SK Bandar Baru Putra, yang datang melapor diri pagi ini. Dalam ucapan perpisahan beliau Miss Lee yang menitiskan air mata kepiluan menyatakan kesedihan beliau yang terpaksa bertukar dan memberi kata-kata semangat pada murid-murid SKTD agar meneruskan perjuangan menimba ilmu.

Satu lagi berita sedih ialah tentang keadaan Miss Lee yang tidak sihat ekoran masalah ketumbuhan fibroid yang beliau hidapi. Lantaran itu beliau juga memaklumkan akan dimasukkan ke wad pada petang Isnin 18 Julai ini untuk persiapan menjalani pembedahan di Hospital Pantai Puteri.

Semua warga SKTD dan pihak PPDa mendoakan agar Miss Lee selamat menjalani pembedahan dan dikurniakan kesihatan yang baik pada hari-hari yang mendatang. Selamat bertukar juga kepada Miss Lee, semoga maju jaya. Jasamu dikenang...Kami sayang cikgu...Terima kasih cikgu...

Miss Lee dikerumuni warga guru SKTD mengucapkan selamat kepada beliau selepas selesai perhimpunan  pagi
 
menitiskan air mata tanda kesedihan...

Selamat bertukar kepada Miss Lee...

No comments: