Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, July 30, 2011

Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram

Pada 22 Julai 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan 'Seminar Pendidikan Fatwa - Merokok Adalah Haram'. Seminar telah diadakan di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Seminar diadakan berikutan tahap kesedaran yang masih rendah dan sikap ambil mudah terhadap fatwa yang telah diputuskan semasa persidangan jawatankuasa kali ke 37, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Mac 1995.

Kajian menunjukkan 3 juta perokok tegar dikesan termasuk remaja yang berumur seawal 13 hingga 15 tahun. Menurut Tuan Haji Othman biar pun fatwa telah dikeluarkan, tiada undang-undang diwartakan berkenaan perbuatan merokok. Berikutan itu, ramai perokok masih mengambil mudah fatwa merokok adalah haram dan tidak mematuhi keputusan muzakarah ini.

Beliau menjelaskan hukum merokok dari pandangan Islam adalah haram kerana padanya terdapat kemudaratan. Fatwa yang diputuskan itu merupakan satu ijtihad hukum dan ia perlu dipatuhi oleh orang Islam di Malaysia.





(sumber - Utusan Malaysia & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

No comments: