Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, January 9, 2012

Merokok atau Tidak Merokok?

Mungkin ini jawapan yang sering bermain dalam fikiran anda. Sama ada soalan ini untuk diri sendiri, bakal jiran, bakal suami, bakal isteri atau anak anda? Untuk pihak lain mungkin boleh dipandang remeh tentang soalan ini. Ada yang menganggapnya perkara kecil dan tak perlu risau apa-apa. Tapi untuk pihak yang terakhir? Jika anak-anak anda itu berumur 30 tahun? 20 tahun? atau 10 tahun?.

Tiada sesiapa dapat menafikan bahaya rokok. Memang kita boleh buat 'tak tau' saja atau senyum sinis pada pihak yang berusaha mencegah bahaya rokok. Tapi untuk melihat anak anda berusia 10 tahun sudah mula merokok, jika anda normal tentu anda perlu risau akan perkara ini. Lainlah anda sudah gila atau tidak sayang akan zuriat anda.

Memang sedih melihat anak-anak hingusan cuba-cuba menjadi hero dengan merokok. Berbangga dengan perkara yang negatif adalah sesuatu yang amat malang. Akan tetapi tak ramai yang sedar atau buat-buat tak sedar (kerana ada kepentingan tertentu) akan bahaya ini.

Merokok disabitkan dengan perasaan ego bagi sesetengah orang yang berakal singkat. Apa kata jadikan tahun baharu ini sebagai satu titik perubahan untuk tidak merokok. Perkara kecil kalau dibiarkan akan menjadi besar juga nanti.

Ada sesiapa yang berani mengatakan merokok tidak haram? Yang ada ialah orang yang berani buat sambil lewa tentang hukum ini. Alasannya mereka sudah ketagihan merokok. Sedangkan perkara yang memudaratkan, wajib ditinggalkan. Memang anda rasa merokok tidak pernah memudaratkan anda. Tapi, orang-orang di sekeliling anda dijamin selamatkah?. Kajian menunjukkan perokok pasif (iaitu orang-orang yang berada di sekeliling si perokok) adalah mangsa yang paling serius dalam 'jenayah' si perokok.

Memang boleh merokok senyap-senyap, tapi anda jamin asap rokok, bau rokok tersebut tidak dihidu orang lain? Bau rokok itu tidak mahu meninggalkan anda pun!!!

JOM KITA KATA TAK NAK KEPADA ROKOK. Hadapilah realiti dan hakikat. Akal menguasai segalanya, bukan nafsu. Atau akal anda dikuasai oleh rokok?? Tak boleh berfikir??
 Tanya Sama Pokok........


No comments: