Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, April 24, 2012

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2012

Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan pada 23 April 2012 dan akan berlangsung sehingga 27 April 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti permainan kosa kata, kuiz bahasa, mencari makna simpulan bahasa dan peribahasa, pertandingan menulis imlak dan sebagainya.

Sepanjang Minggu BM ini, guru-guru boleh menggunakan inisiatif masing-masing dengan membawa murid-murid ke lapangan untuk menggunakan bahan-bahan yang digantung di sekeliling kawasan dataran perhimpunan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Kesemua bahan-bahan berkaitan bahasa yang digantung adalah hasil usaha bersama semua guru-guru Bahasa Melayu yang telah bekerjasama menghasilkan bahan-bahan ilmiah seperti selayut simpulan bahasa, peribahasa, sinonim, antonim dan sebagainya.

Dalam Minggu BM ini juga, Unit PPDa turut menjalankan program berkaitan anti dadah sebagai kesinambungan program PPDa berentaskan kurikulum seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah Tahap 1 dan Tahap 2, dan Pertandingan Menulis Karangan Tentang Bahaya Dadah untuk Tahap 2.

No comments: