Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, February 14, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri2/2013


Info  kali ini dibacakan oleh Danish Daniel bin Muhd Azman dari kelas 6 Intan. Berikut adalah bahan info yang dibaca oleh beliau.



Dadah dan ciri-cirinya.

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1.                  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf otak dan saraf tunjang.
2.                  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
3.                  Diperoleh secara haram.
4.                  Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
5.                  Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Oleh itu, pastikan diri anda tidak terlibat dengan dadah. Jika anda terlibat, bererti, anda akan menderita sepanjang hayat.


Jenis-jenis Dadah

Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
  
A.                Opiat
Candu
Morfin
Heroin
Kadien
Opiat sintetik

B.                   Stimulan
Amfetamin
Methamfetamine
Kokain  
Ecstasy

C.                Ganja / Kanabis
Kanabis Herba
Hashish
Minyak Hashish

D.                 Halusinogen
Paint Thinner

E.                  Depresen
Ubat ‘depresen’
Alkohol
Liquid Ecstasy
Ketamin = ubat bius haiwan

F.                   Ubat-ubatan dan bahan yang disalahguna
Steroid
Gam
Petrol
Daun Ketum
Ubat penenang
Ubat tidur
Ubat penahan sakit

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter